Rabu, 21 September 2016

Cabaran ekonomi Sabah memerlukan strategi pembangunan mapan-Nasir Tun Sakaran:


     CABARAN EKONOMI...Nasir (dua kiri)  berbincang sesuatu 
dengan Dr.Kamisan@Arif Pusiran(kanan) sambil diperhatikan
 Prof.Datuk Dr.Kassim (kiri) dan Jakaria Dasan(dua kanan) 
selepas majlis itu di UMS.


 Oleh:ARSHAD HUSSIN

KOTA KINABALU: Usaha menangani isu dan cabaran dalam pembangunan ekonomi negeri Sabah perlulah dipantau dan ditambahbaik secara berterusan disamping usaha penyelidikan oleh institusi-institusi akademik dan institusi-institusi penyelidikan negeri dalam pelbagai aspek pembangunan.
Dimana institusi-institusi ini mampu menjadi pusat rujukan dan pangkalan data dalam usaha merangka pelan dan strategi pembangunan negeri Sabah.
Pengerusi Perbadanan Pembangunan Sabah(SEDCO),Dato Sri Nasir Tun Sakaran,berkata,kekangan data dalam pelbagai aspek ekonomi menyukarkan pembuat dasar merangka dasar dan strategi pembangunan menyeluruh selain menilai keberkesanan projek-projek yang telah dilaksanakan.
Oleh itu katanya usaha Universiti Malaysia Sabah (UMS) kearah penubuhan Pusat Penyelidikan Ekonomi adalah tepat pada masanya,ketika kita terus berhadapan dengan isu dan cabaran ekonomi semasa.

CENDERAHATI...Nasir (kiri) menerima cenderahati 
disampaikan Dr.Kasim Mansur (kanan) 
sempena seminar itu di UMS.

Nasir berkata demikian sempena menyampaikan ucap utama “ Ekonomi Sabah:Isu & Cabaran” sempena Seminar pertama Ekonomi Semasa 2016  di UMS dekat sini.
Seminar selama dua hari bermula 21-22 September yang bertema 'Sabah Economy:Current Challenges and Future Direction'  itu anjuran bersama Fakulti Perniagaan,Ekonomi dan Perakunan UMS dengan Sabah Economic Development Investment Authority(SEDIA) & Institute for Development Studies Sabah(IDS).
Hadirsama sempena majlis itu,Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Fakulti Perniagaan,Ekonomi & Perakunan (FPEP) UMS,Dr.Kamisan @ Arif Pusiran; Felo Utama LESTARI UKM,Profesor Emeritus Chamhuri Siwar; Penasihat Seminar,Prof.Datuk Dr.Kasim Hj.Md.Mansur dan Pengerusi Seminar,Dr.Sarma Hj.Mohd Imran Aralas.
Nasir berkata,usaha kearah isu dan cabaran kepada ekonomi negeri Sabah adalah satu usaha yang berterusan dan memerlukan kerjasama semua pihak termasuk agensi dan badan kerajaan,swasta,institusi pendidikan tinggi serta lapisan masyarakat yang pelbagai.
Katanya,disebalik cabaran yang dihadapi,kita harus terus berpandangan positif dan mengambil peluang untuk melakukan pembaharuan dan merealisasikan transformasi struktur ekonomi Sabah yang dihasratkan.

   PESERTA SEMINAR...Sebahagian peserta seminar daripada pelbagai agensi kerajaan turut memeriahkan majlis itu di UMS.

Sehubungan itu Nasir menjelaskan, secara umumnya SEDCO memainkan peranan dalam membangunkan sosio-ekonomi negeri Sabah  dalam usaha merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara bandar dan luar bandar terutama sekali menggalakkan penyertaan bumiputera di dalam bidang perdagangan dan industri.
Katanya,SEDCO juga berusaha membangunkan purata empat projek ekonomi setiap tahun bagi menyediakan premis dan ruang niaga kepada usahawan bumiputera disamping memberi latihan kemahiran dalam perniagaan dan pembangunan keusahawanan serta memainkan peranan penting dalam mempromosi imej perniagaan negeri Sabah sebagai pusat perniagaan yang kondusif dan menarik.
EKONOMI SEMASA...Sebahagian peserta yang terdiri daripada agensi kerajaan dan pelajar-pelajar UMS sempena 1st Seminar on Cotemporary Economics di Bangunan Naib Cancelor UMS




Tiada ulasan:

Catat Ulasan