![]() |
BANTUAN
KWAMP...Nasir(dua kiri) diringi Gambalidah (kiri) dan Manja (bersongkok) menyampaikan bantuan KWAMP kepada pelajar Nur Syazwanie Jafridin(dua kanan) sempena majlis itu di Semporna. |
Oleh:ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA: Wakil Rakyat Senallang,Dato Sri Nasir Tun
Sakaran,mengingatkan golongan ibubapa tidak menyandarkan sepenuhnya pendidikan
murid kepada pihak guru di sekolah.
Sebaliknya hendaklah memainkan
peranan memberikan pendidikan dan pemantauan pelajaran anak-anak mereka semasa
di rumah.
Nasir,berkata setiap ibubapa seharusnya lebih peka sambil mengambil tahu
aktiviti anak-anak semasa di rumah dan
tidak membiarkan mereka membuang masa dengan kegiatan tidak berfaedah.
Nasir berkata demikian sempena
merasmikan Seminar Keibubapaan dan penyampaian Bantuan Kumpulan Wang Aamanah
Pelajar Miskin (KWAMP) Kementerian Pendidikan dan penyampaian sumbangan zakat
Pusat Zakat Sabah kepada pelajar-pelajar SMK Datuk Panglima Jakarullah dekat
sini.
![]() |
SEJAHTERA MALAYSIA...Persembahan nyanyian Koir pelajar-pelajar SMK Datuk Panglima Jakarullah turut memeriahkan majlis itu di Semporna. |
Hadirsama sempena majlis itu
Pengetua SMK Datuk Panglima Jakarullah,Hajah Gambalidah Hj.Mohd.Jahiri; Yang
DiPertua PIBg,Manja Md.Yusuf; Ketua Daerah Semporna,OKK Haji Musa Sabaani;
Pegawai Pembangunan Masyarakat Dun Senallang,Mohd Salleh Lakani; Guru-Guru
Penolong Kanan;kakitangan UPMM dan kakitangan Mahkamah Anak Negeri serta
pemimpin-pemimpin tempatan.
Nasir berkata,peranan persatuan
PIBG serta guru-guru juga amat penting bagi meningkatkan lagi pencapaian
pelajaran pelajar disamping kekerapan mengadakan usaha bersama semata-mata demi
kejayaan cemerlang semua pelajar.
![]() |
PELAJAR RIANG...Sebahagian pelajar perempuan SMK Datuk Panglima Jakarullah turut memeriahkan majlis itu di Semporna. |
Sehubungan itu Nasir yang juga
Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SABAH),menasihatkan golongan
ibubapa memanfaatkan bantuan KWAMP dan sumbangan zakat itu sebaik mungkin untuk
keperluan pelajaran anak-anak.
Terdahulu dari itu,Pengetua Hjh.Gambalidah
Hj.Mohd Jahiri,berkata seminar keibubapaan itu diadakan bertujuan sebagai salah
satu langkah bagi menangani masalah disiplin pelajar disamping membantu pihak
sekolah agar kecemerlangan institusi dalam melahirkan modal insan yang
cemerlang,gemilang dan terbilang dapat direalisasikan melalui permuafakatan
semua pihak untuk memartabatkan kecemerlangan pendidikan sekolah
itu.Oleh:ARSHAD HUSSIN
![]() | ||||
SOKONGAN PADU...Sebahagian golongan ibubapa yang turut memeriah dan sokongan padu sempena majlis Seminar Keibubapaan di SMK Datuk Panglima Abdullah,Semporna. |
![]() |
PENERIMA KWAMP...Nasir(dua kiri)diringi Gambalidah(kiri) dan Manja(tengah)menyampaikan bantuan KWAMP kepada adik Abd.Rashid Suepin(dua kanan) sempena majlis itu di Semporna. |
1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan