JALUR
GEMILANG...Nasir (berdiri belakang tengah)bersama tetamu khas,
pelajar-pelajar MRSM dan turut kelihatan Mohd Jeffry (kanan) mengibarkan jalur gemilang sempena majlis itu di Tawau. |
Oleh:ARSHAD HUSSIN
TAWAU: Pengerusi Pembangunan
Ekonomi Negeri Sabah (SEDCO),Dato Sri Nasir Tun Sakaran,menyeru setiap warga
Negara ini sentiasa menghayati erti kemerdekaan yang telah dikecapi oleh negeri
dan negara kita selama ini.
Katanya,penghayataan dan gambaran
kemerdekaan para pejuang kemerdekaan dan warga pasca merdeka tentunya amat
berbeza namun sebagai rakyat yang telah mengecapi nikmat kemerdekaan melalui pelbagai
pembangunan hendaklah sentasa berusaha mempertahankan dan mengekal kedaulatan serta kemerdekaan ini
.
Nasir menjelaskan,bagi
mengekalkan kemerdekaan itu setiap anak watan juga seharusnya lebih
bertanggungjawab meningkatkan perpaduan dan keharmonian kaum agar Negara terus
makmur,aman dan merdeka.
CENDERA
KENANGAN...Nasir (dua kiri) menerima cenderakenangan disampaikan
wakil SUDC
sempena majlis itu di Tawau.
|
Nasir berkata demikian sempena
melancarkan perasmian Program Penghayatan Hari Kemerdekaan Sempena Bulan
Kebangsaan & Hari Malaysia dan Konsert Gemilang 90’an.
Program anjuran bersama Persatuan
Permuafakatan Ekonomi Islam Malaysia (PAPEIM);Perbadanan Pembangunan Ekonomi
Negeri Sabah (SEDCO) dan Sabah Urban Development Corportaion(SUDC) itu
dihadirisama Pengerusi PAPRIM,Dato Sri Dr.Mohd Jeffry Rosman; Wakil Datuk Hjh Hamisah
Samat,Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.59 Tanjung Batu,Jummain Syawal;Tim.Pengerusi
PAPEIM, Dato Kamsari Ibrahim;Pegawai Eksekutif Harta Eastern Plaza Tawau,Dully
Osman;Mantan Pengerusi Biro Kebudayaan Kesenian UMNO Tawau,Jeffry Suh;Penolong
Kanan Sivik Kewarganegaraan MRSM Tawau,Kyamsiah Surabi;Wakil Pertubuhan
PERTAMA,Paduka Ayahnda Alex dan Setiausaha Perhubungan Pengerusi SEDCO,Shamsolo
Bharry Kairin.
IKRAR
KEMERDEKAAN...Mohd Alias (depan) mengetuai lafaz ikrar kemerdekaan sempena
majlis itu di Tawau.
|
Nasir berkata,berdasarkan
beberapa peristiwa pahit yang melanda Negara seperti tragedi Tanduo,kemerdekaan
ini bukanlah selamanya satu jaminan Negara tidak diganggu gugat oleh anasir-anasir
jahat memporakperandakan keamanan
justru,sebagai warganegara yang bertanggungjawab mencintai negeri dan
Negara kita seharusnya sentiasa bersiapa siaga dan bersedia menghadapi pelbagai
kemungkinan.
Katanya,dalam era kemajuan
teknologi kini yang mendapat jolokan dunia tanpa sempadan,kemerdekaan tidak
hanya dirosakkan oleh bala tentera tetapi kini dimanipulasi oleh kecanggihan
teknologi langit terbuka mempengaruhi golongan muda dengan isu-isu yang
diputarbelitkan serta dengan cara “ Confused & Control” yakni memanipulasi
perkataan “Demokrasi dan hak kebebasan bersuala” melalui perhimpunan jalanan.
KISAH
KITA.....Salah satu babak Sketsa persembahan BAKAT sempena majlis Konsert Gemilang 90'an di Tawau.
|
Sehubungan itu Nasir menggesa
semua pihak sentiasa berhati-hati dan menangani setiap isu yang berlaku dalam
Negara.
SUMPAH
MERDEKA...Nasir (dua kanan) bersama tetamu kehormat turut melafaz ikrar Merdeka
sempena majlis itu di Tawau.
|
Sempena majlis itu juga turut dipersembahkan Tarian Kebudayaan;
Persembahan Skesta Kumpulan BAKAT;Bacaan Sajak oleh Mohd Alias Jaafar;
Penyampaian Anugerah Khas dan persembahan nyanyian oleh para penyanyi era tahun
1990’an.
ANUGERAH
KHAS...Nasir (dua kiri) menyampaikan Anugerah Khas kepada Dwean Hussin (dua
kanan) sempena majlis Konsert Gemilang 90'an Hari Kebangsaan di Tawau.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan