Selasa, 6 September 2016

UMNO Semporna pastikan kemenangan BN demi membela rakyat marhaen-Nasir Sakaran:

Oleh: ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA: Umno Bahagian Semporna akan bekerja keras memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRU-14 kelak demi kesinambungan pembangunan serta meneruskan agenda Tradisi membela rakyat marhaen.

UMNO MASIH KUKUH...Nasir (tengah) bersama Basalie;Herman;Ramlee dan Hajan Gurimbang dikrumuni pihak media selepas majlis itu di Semporna.
 TETAP SETIA...Sebahagian ketua-ketua cawangan Parlimen Semporna turut  menyanyikan lagu UMNO sempena majlis perjumpaan khas itu di Semporna.
APA KHABAR...Nasir bersalaman dengan sebahagian ahli-ahli UMNO Semporna sempena majlis itu.
 SOKONGAN MANTAP...Barisan Pergerakan Wanita,Puteri dan ketua-ketua cawangan UMNO Semporna memberikan sokongan mantap dalam majlis perjumpaan khas itu di Seafest hotel,Semporna.
BARISAN PUTERI...Nasir(berdiri tengah); Zakiah Kalipunya (kiri) Rafeah Buang (kanan) mengabadikan gambar kenangan bersama barisan kepimpinan Pergerakan PUTERI Umno Semporna sempena majlis itu.
MARI KITA BERSAMA....Mantan Adun Bugaya,Datuk Basalie Abd.Hamid (kiri) turut menzahirkan sokongan padu semasa majlis itu di Semporna.
Pemangku Ketua Bahagian UMNO Semporna,Dato Sri Nasir Tun Sakaran,berkata untuk merealisasikan kejayaan itu jentera UMNO Bahagian itu akan turun padang bertemu penduduk setiap kampung memberi penjelasan terperinci mengenai isu-isu semasa supaya kesemua ahli dan rakyat di peringkat akar umbi faham dan tidak keliru dengan propaganda yang disebar individu tertentu.  


Nasir menambah,dengan sokongan padu yang diberikan 400 Ketua-Ketua Cawangan UMNO menunjukkan rakyat di kawasan Parlimen Semporna tetap masih kuat dan percaya kepada perjuangan parti UMNO.            

 
BERSATU BERSETIA...Nasir(tiga kiri);Zakiah Kalipunya(kanan); Mohd.Syam(tiga kanan);Ramlee Marahaban(dua kiri);Ahmad Marzuki(dua kanan) dan Latifah Penghulu Hindi(kiri) turut menyanyikan lagu UMNO sempena majlis itu.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Bersama Ketua-Ketua Cawangan UMNO Parlimen Semporna dekat sini.


Hadirsama sempena majlis itu Naib Ketua Bahagian,Puan Zakiah Hj.Kalipunya (Ketua Puteri); Pemangku Setiausaha Bahagian,Mohd.Syam Muksan; Ketua Penerangan,Datuk Ramlee Marahaban; Mantan Adun Sulabayan,Datuk Harman Mohammad (AJK);Mantan Adun Bugaya,Datuk Basalie Abd.Hamid (AJK); Datuk Abd. Hajan Gurimbang (AJK); Pemangku Pergerakan Wanita UMNO,Puan Hajah Latifah Penghulu Hindi; Pemangku Ketua Pemuda UMNO,Ahmad Marzuki Dato Sri Nasir;Naib Pergerakan Puteri,Puan Rafeah Buang serta barisan AJK Bahagian UMNO P.189 Semporna.


Nasir berkata, beliau bersama barisan kepimpinan UMNO Semporna menaruh keyakinan itu berikutan sokongan ketua-ketua cawangan serta ahli-ahli UMNO yang masih setia dan tatap bersama UMNO di bahagian itu masih kuat dan kukuh sekaligus  mampu menjamin kemenangan BN kelak.

Dato Sri Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Senallang menegaskan,  kredibiliti barisan pemimpin UMNO Semporna yang baharu  dilantik merupakan hasil gabungan pemimpin lama dan baharu yang mempunyai pengalaman luas dan mampu melonjakkan parti UMNO terus menjadi pilihan rakyat.                               
1



Tiada ulasan:

Catat Ulasan