Oleh:ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA:
UMNO Bahagian Semporna kini semakin giat memperkasa kembali keyakinan rakyat
terhadap perjuangan parti itu selepas ianya mengalami pergolakan beberapa bulan
lalu.
Selepas
berjaya menyusun semula pentadbiran AJK Bahagian parti itu,pelbagai program
dirancang dan sedang laksana untuk
menjelaskan kepada rakyat di peringkat akar umbi mengenai hala tuju perjuangan
parti serta mengenai isu-isu semasa yang berlaku.
Pemangku
Ketua Bahagian UMNO Semporna,Dato Sri Nasir Tun Sakaran, yang juga Timbalan Ketua Bahagian parti itu yang
diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan pusat berganding bahu berpimpin tangan
bersama pemimpin-pemimpin muda dan lama semata-mata untuk memastikan parti UMNO
terus relevan menjadi wadah utama
landasan perjuangan membela nasib rakyat marhaen.
Nasir
berkata,fokas utama gerakan UMNO Bahagian
bersama kedua sayap,pergerakn wanita,pemuda dan pergerakan puteri menjelajah ke peringkat akar umbi melalui
Program Jelajah PDM untuk menjelaskan perkembangan terkini parti itu di Semporna disamping isu-isu semasa.
BARISAN PEMIMPIN...Nasir ( empat kiri); Harman (tiga kiri);Basalie(tiga kanan);Ahmad Marzuki (kiri);OKK Musa (dua kanan dan Latifah (kanan) sempena Program itu di Semporna. |
Nasir
menjelaskan,langkah pertama dilakukan selepas diberikan mandat menerajui parti
itu oleh pusat, penyusunan semula pentadbiran AJK Bahagian dan mengadakan
perjumpaan khas bersama ketua-ketua cawangan,ketua-ketua pemuda dan wanita
cawangan UMNO Parlimen Semporna.
“
Alhamdulillah,kita mendapat feedback yang cukup menggembirakan dan lebih 2/3
daripada kesemua cawangan Parlimen
Semporna masih setia bersama parti ini,” kata Nasir.
Sehubungan
itu katanya, bagi memantapkan lagi sokongan rakyat, Program Jelajah PDM
dilaksanakan bagi memberi penjelasan
kepada rakyat supaya tidak keliru
dengan isu-isu yg disebarkan pihak tertentu mengenai parti itu selepas pergolakan yang berlaku
kononnya UMNO Semporna sudah lumpuh.
TARIAN SAMBUT TAMU....Tarian tradisi suku Bajau yang sering dipersembahkan dalam majlis keramaian sebagai tarian sambut tamu. |
Nasir
berkata demikian sempena Program Jelajah PDM Kampung Mantaritip/Pakalangan di
sini.
Hadirsama
sempena majlis itu,Pengerusi Biro Kebudayaan merangkap Pemimpin Pembangunan
Masyarakat Sulabayan,Datuk Harman Mohammad; Pengerusi Biro Perlembagaan &
Pengurusan Tanah,Datuk Basalie Abd.Hamid; Setiusaha Bahagian,Mohd Syam Hj.Muksan;Pengerusi Biro Latihan &
Penyelidikan yang juga Pegawai Pembangunan Masyarakat Senallang,Mohd Salleh
Lakani;Pengerusi Sukan & Rekreasi merangkap Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda,Ahmad
Marzuki Nasir; Pengerusi Biro
Pelancongan,Abd.Manan Indanan; Pengerusi Pembangunan Wanita & Masyarakat
merangkap Pemangku Ketua Pergerakan Wanita,Hjh Latifah Hj Hindi;Timbalan
Pengerusi Biro Pengangkutan,Nixon Haji Habi; Timbalan Pengerusi Biro
Perlembagaan & Pengurusan Tanah,Hjh Suhurah Abd.Salleh; Timbalan Pengerusi
Biro Kebajikan,Khir Juhari Hj.Ali Basa;Timbalan Pengerusi Biro
Kebudayaan,Hj.Zainal Jalaluddin; Timbalan Pengerusi Keahlian/Pendaftaran
Pengundi merangkap Naib Ketua Puteri,Rafeah Buang serta Ketua-Ketua/Wakil Ketua
Anak Negeri;Ketua-Ketua Kampung;Pengerusi-Pengerusi JKKK serta
pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.
SOKONGAN PADU...Sebahagian kaum
ibu dan penduduk Kampung Mantaritip sentiasa memberikan sokongan padu sempena
majlis Jelajah PDM itudi Semporna.
|
Nasir
berkata, ahli-ahli UMNO Bahagian Semporna perlu terus bersatu padu dalam
perjuangan parti bagi memastikan Barisan Nasional (BN) mengulangi kemenangan
cemerlang pada PRU-14 akan datang.
Katanya,parti
UMNO yang menjadi tunggak pemerintahan di negara ini perlu memantapkan
perjuangan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran semasa.
Justeru beliau meminta semua ahli UMNO perlu bersatu padu dan taat setia kepada pucuk pimpinan selain mengenepikan perbalahan sesama sendiri bagi mengelak perpecahan dalam parti.
Justeru beliau meminta semua ahli UMNO perlu bersatu padu dan taat setia kepada pucuk pimpinan selain mengenepikan perbalahan sesama sendiri bagi mengelak perpecahan dalam parti.
BERSATU PADU...Sebahagian
ahli-ahli parti dan penduduk yang sentiasa bersatu padu memberikan sokongan
sempena program Jelajah PDM itu di Kampung Mantaritip,Semporna.
|
Nasir yang juga Wakil Rakyat Senallang berkata, UMNO bahagian itu akan terus
melaksanakan Program Jelajah ke semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parlimen
semporna untuk memberi penerangan kepada ahli mengenai halatuju parti UMNO yang
memerintah negara ini.
Pada
masa yang sama beliau berkata UMNO Semporna mengisytiharkan sokongan yang tidak
berbelah bahagi kepada kepimpinan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri,
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.
Katanya,
Datuk Seri Najib perlu diberi sokongan padu untuk meneruskan kepimpinanya
sebagai Presiden dan Perdana Menteri kerana beliau telah membawa banyak pembangunan
dan kebaikan kepada rakyat, khususnya di Sabah.
KHENDURI KAMPUNG...Nasir dan rombongan turut menghadiri majlis khenduri kampung sempena Program Jelajah PDM di Kampung Mantaritip,Semporna. |
5
Tiada ulasan:
Catat Ulasan