Selasa, 6 September 2016

Berganding bahu demi laksana agenda membela rakyat-Nasir Sakaran:


  SOKONG PENUH...Ahmad Marzuki Nasir(tiga kiri)
 mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO Semporna 
menzahirkan sokongan penuh kepada 
pucuk kepimpinan UMNO sempena majlis itu di Semporna.

Oleh:Arshad Hussin

SEMPORNA: Pemangku Ketua Bahagian UMNO Semporna,Dato Sri Nasir Tun Sakaran, menyeru seluruh ahli UMNO terus bekerja keras dan berganding bahu demi melaksanakan agenda membela nasib  rakyat.

 PIKUL AMANAH...Ahmad Marzuki Nasir(berdiri kiri) menyampaikan ucapan selaku Pemangku Ketua Pemuda sempena majlis itu di Semporna.



Katanya, dalam hal politik biarlah kita berpolitik secara professional dan mengutamakan kepentingan parti yang menentukan masa depan negara,bangsa dan agama.

Katanya,selama ini kehidupan kita aman,makmur dan selamat sehingga kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat membangun serta melaksana pelbagai program serta kemajuan dalam bandar dan luar bandar tanpa mengira suku kaum,anutan agama mahupun ideologi politik.

Beliau menambah, rakyat seharusnya memberi sokongan berdasarkan parti dan bukannya berdasarkan individu.

Katanya, dalam menentukan kerajaan, rakyat harus mengutamakan parti BN yang telah banyak berjasa kepada rakyat.
    APA KHABAR...Nasir (tengah kanan) diringi Ramlee (tengah kiri) dan Hajan Gurimbang(tengah) bersalaman dengan sebahagian ahli-ahli UMNO,Pergerakan Pemuda dan Wanita sempena majlis perjumpaan khas itu di Seafest Hotel Semporna.


 

" Segenap lapisan rakyat hendaklah merapatkan barisan bersatupadu demi keamanan,kemajuan dan kemakmuran berpanjangan," kata Nasir.

Nasir yang juga Wakil Rakyat  Senallang berkata demikian sempena
Majlis Perjumpaan Khas bersama Ketua-ketua Pergerakan Wanita dan Ketua-Ketua Pergerakan Pemuda cawangan UMNO Bahagian Semporna dekat sini.

Hadirsama sempena majlis itu Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Semporna,Ahmad Marzuki Dato Sri Nasir; Isteri Dato Sri Nasir, Datin Hajjah Rukiah Haji Badar;Pemangku  Ketua Pergerakan  Wanita,Puan Hajah Latifah Hj.Hindi;Pemangku Setiausaha Bahagian,Mohd.Syam Muksan; Ketua Penerangan,Datuk Ramlee Marahaban; Mantan Adun Sulabayan,Datuk Harman Mohammad (AJK);Mantan Adun Bugaya,Datuk Basalie Abd.Hamid (AJK); Datuk Abd. Hajan Gurimbang (AJK); Naib Pergerakan Puteri,Puan Rafeah Buang serta barisan AJK Bahagian UMNO P.189 Semporna,Wanita dan Pemuda.


      SETIA BERSAMA...Nasir(tengah) bersama AJK Bahagian UMNO,Pergerakan Wanita dan Pergerakan Pemuda menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pucuk pimpinan UMNO Pusat dan Negeri sempena majlis Perjumpaan Khas bersama Pergerakan Wanita & Pemuda di Semporna.

Nasir berkata,rakyat di peringkat akar umbi kini semakin matang menilai kemampuan kerajaan yang memerintah selain, ketinggian sikap mengenang budi dalam kalangan mereka.

Beliau menamba, perkara tersebut dibuktikan hasil program penjelajahan ke kampung-kampung yang telah dilaksanakan oleh setiap sayap pergerakan parti UMNO di daerah itu.

Katanya, meskipun ada segelintir rakyat yang terkeliru oleh pengaruh dan dakyah yang disebarkan sebelum ini, namun setelah diberi penjelasan mengenai jasa dan kemajuan yang telah dibawa kerajaan, mereka menerima dengan baik dan menaruh keyakinan bahawa kerajaan di bawah Barisan Nasional sahaja yang dapat memberi nikmat pembangunan di negeri ini.
Terdahulu Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Semporna,Ahmad Marzuki Nasir dalam ucapanya berkata,pemilihannya selaku Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda selepas berlakunya pergolakan politik di bahagian itu merupakan satu tugas berat yang harus dipikul dengan penuh amanah, ikhlas dan bertanggungjawab.

SOKONGAN PADU...Datin Sri Rukiah(depan kanan) bersama sebahagian AJK Pergerakan Wanita sentiasa memberikan sokongan padu sempena majlis itu di Semporna

Ujarnya,beliau menerima tugas itu dengan hati yang terbuka sebagai ketentuan Illahi  dan berterima kasih kepada AJK Pergerakan Pemuda Semporna yang telah memberi mandat mengetuai pergerakan itu.
“ Insya Allah,saya akan sentiasa bersikap terbuka untuk mencari titik penyatuan,bekerja bersama dalam satu pasukan.Ingatlah pemimpin datang silih berganti namun parti UMNO akan terus kekalsebagai wadah perjuangan bangsa ,” kata Ahmad Marzuki.


      MANTAP...Basalie (kiri);Hajan(dua kiri);Harman(empat kanan;Manan Indanan (tiga kiri) bersama sebahagian AJK Bahagian dan ahli-ahli pergerakan Pemuda UMNO Semporna sempena majlis itu di Seafest Hotel Semporna.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan