Selasa, 18 Oktober 2016

Jangan terpedaya dengan agenda menjatuhkan kerajaan-Nasir Sakaran:

Oleh: ARSHAD HUSSIN

  DEKATI RAKYAT...Nasir (duduk dua kiri) bersama Mohd. Syam (tiga kiri)
Ahmad Marzuki (kanan) berbual mesra dengan salah seorang penduduk
sempena Jelajah Akar Umbi di pulau Bum Bum,Semporna.


SEMPORNA: Pemangku Ketua Bahagian UMNO Semporna,Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran,meminta rakyat menjadikan iktibar kehidupan semasa menjadi pembangkang selama lebih 18 tahun sebelum kerajaan Barisan Nasional yang dipelopori parti UMNO memerintah negeri ini.
Katanya, nikmat pembangunan yang dikecapi hari ini seharusnya dipertahankan demi kesejahteraan rakyat menikmati kehidupan yang aman,makmur dan selamat.
Nasir menjelaskan,adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat negara ini sentiasa mengukuhkan perpaduan dan tidak terpedaya dengan agenda pihak tertentu yang ingin menjatuhkan kerajaan BN.
Dato Sri Nasir berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Jelajah Akar Umbi Zon Bum-Bum Selatan dekat sini,baru-baru ini.

    BARISAN PUTERI...Zakiah Kalipunya (tiga kanan) bersama Rafeah Buang(empat kiri) dan sebahgian barisan AJK Puteri Semporna sentiasa komited membantu kepimpinan Bahagian sempena Jelajah Akar Umbi di pulau Bum Bum,Semporna.

Hadirsama sempena majlis itu, Pemangku Naib Ketua Bahagian (Puteri),Puan Zakiah Hj.Kalipunya; Pemangku Ketua Pergerakan Wanita,Hajah Latifah Hj.Hindi; Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda,Ahmad Marzuki Nasir; Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Senallang,Mohd.Salleh Lakani,Ketua Daerah Semporna Dun Sulabayan,Datuk Malali;Setiausaha Bahagian,Mohd Syam Muksan;AJK Bahagian,AJK Pemuda,AJK Puteri serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.

Nasir berkata, Kerajaan BN sentiasa prihatin membela nasib rakyat dan telah menyalurkan pelbagai nikmat pembangunan demi kesejahteraan segenap lapisan rakyat negeri ini.

    SUMBANGAN...Nasir (dua kiri) diringi Hajan Gurimbang (kanan) menyampaikan bantuan berupa makanan kepada salah seorang warga sempena Jelajah Akar Umbi di pulau Bum Bum,Semporna.


Katanya, tanpa kuasa mustahil kerajaan yang ada sekarang mampu melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat yang memerlukan bantuan serta pembangunan.

Jusrtu itu,rakyat hendaklah terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan BN yang telah membuktikan jasanya membela nasib rakyat selama ini.

    CENDERA KENANGAN...Nasir (tiga kanan) diringi Pairin Intang (empat kiri);Mohd Salleh (kanan);Ahmad Marzuki(tiga kiri); Latifah (dua kiri dan Zakiah (kiri) menerima cendera kenangan disampaikan Hajan Gurimbang (dua kanan) sempena majlis itu di pulau Bum Bum,Semporna.

Sehubungan itu,Nasir yang juga Wakil Rakyat Senallang, turut meminta Ketua-Ketua Pusat Daerah Mengundi  bekerjasama dengan Ketua-Ketua Cawangan  mengemaskini senarai ahli dan  pengundi serta mengadakan gerakan pendaftaran pengundi baru.
Katanya,gerakan itu perlu dilakukan supaya semua ahli dan warganegara yang sudah cukup umur 21 tahun didaftarkan sebagai pemilih.
    SOKONGAN PADU...Sebahagian penduduk dan pemimpin-pemimpin masyarakat sentiasa memberikan sokongan padu sempena majlis itu di pulau Bum Bum,Semporna.

    JASAMU DIKENANG...Nasir (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Pairin Intang ( depan kanan) sambil diperhatikan Dato hajan(dua kanan) dan Mohd Salleh Lakani(kanan) sempena majlis itu di pulau Bum Bum,Semporna.

DIHARGAI...Nasir (tiga kiri) diringi Pairin Intang (dua kiri) dan Ahmad Marzuki (kiri) menyampaikan cenderahati kepada wakil AADKSemporna.

 ROMBONGAN JELAJAH...Nasir (dua kanan);Mohd Salleh (tiga kanan) bersama rombongan AJK Pergerakan Wanita UMNO menemporna.aiki bot ke pulau Bum Bum sempena Jelajah Akar Umbi Zon Bum Bum Selatan,Semporna.
 SUMBANGAN JELAJAH...Nasir(tengah) diringi Hajan Gurimbang(kanan);Ahmad Marzuki (tiga kiri);Mohd Salleh(kiri) dan Latifah (dua kiri) menyampaikan bantuan makanan kepada salah seorang penduduk sempena majlis itu di Zon Bum Bum Selatan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan