Selasa, 25 Oktober 2016

Perjuangan UMNO Semporna terus diperkasa selami hati rakyat-Nasir Tun Sakaran:




  KORBAN TUAH...Hishamuddin (berdiri dua kiri)
menyampaikan amanat sempena perasmian mesyuarat itu di Dewan Masyarakat Semporna.

Oleh:ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA:  Gelora yang membadai  UMNO Bahagian Semporna apabila bekas Ketua Bahagiannya memilih keluar parti selepas digantung  keahlian  tiga bulan lalu sedikit pun tidak menggoncang,jauh sekali melemahkan semangat ahli-ahli UMNO bahagian itu malah ianya dijadikan iltizam memperkasa perjuangan bagi menawan hati rakyat,demi bersatu melonjakkan sebuah kemenangan.
  BENDERA UMNO....Hishammuddin (tiga kanan) bersama Nasir (dua kanan) dibantu Ahmad Marzuki(bawah dua kiri);menaikkan bendera UMNO sempena majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Semporna di perkarangan Dewan Masyarakat Semporna.
Suasana itu jelas kelihatan apabila mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Semporna dilangsungkan penuh meriah dan dihadiri lebih 3,000 hadirin termasuk  1,630 perwakilan tetap,ketua-ketua kampong; Imam-Imam ;Ketua-Ketua Jabatan dan pemerhati.
Sesunggunya survival perjuangan itu sendiri terletak pada kesatuan dan perpaduan setiap ahli bagi mendokong perjuangan suci  murni untuk komited pada semangat perjuangan sejati.

      SAMBUT MESRA...Hishammuddin(kiri) disambut mesra oleh Nasir (dua kiri) setiba di perkarangan dewan sempena majlis perasmian mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Semporna  di Semporna.
Pemangku Ketua UMNO Bahagian P.189 Semporna,Dato Sri Hj.Nasir Tun Sakaran,berkata, hakikan sebuah pembangunan dan kemajuan wujudnya cabaran dan cabaran-cabaran itu sebagai satu peringatan,satu ujian bagi menilai ketulinan perjuangan pemimpin yang  pastinya mempunyai hikmah  tersendiri.
Katanya,Umno Semporna juga tidak terlepas dari terlepas dari ujian yang cukup mendebarkan sehingga memaksa barisan AJK baharunya berusaha sehingga ke paras maksima mencari formula menyatukan pemimpin-pemimpin vetren dan golongan muda,menghimpunkan kembali kekuatan yang hampir rontok kesan drastic mantan ketua bahagian bersama beberapa pemimpin AJK Bahagian Pergerakan Wanita dan Pemuda meninggalkan parti itu.

PERJUANGAN DITERUSKAN...Nasir( berdiri kiri) menyampaikan Ucapan Dasar sempena mesyuarat iut di Semporna.
Nasir berkata demikian sempena majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Semporna Ke-24 yang dirasmikan Naib Presiden UMNO Malaysia,Datuk Seri Panglima Hishammuddin Tun Hussein di Dewan Masyarakat Semporna dekat sini.
Turut hadir sempena majlis itu bekas Yang DiPertua Negeri Sabah,Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Sakaran Dandai; Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Sabah,Datuk Yahya Hussin; Ketua – Ketua UMNO Bahagian terdiri dari Tan Sri Ampong Puyon; Datuk  Tawfiq Abu Bakar Titingan; Datuk Isnin Aliasneh; Datuk Samsudin Yahya dan barisan AJK Bahagian,Pergerakan Wanita;Pemuda dan Puteri UMNO.
KENANGAN AJK BAHAGIAN...Hishammuddin (empat kiri);Nasir (tiga kiri);Ramlee(empat kanan)mengabadikan gambar kenangan bersama barisan AJK Bahagian,Pergerakan Wanita;Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Semporna selepas majlis perasmian itu di Semporna.
Nasir berkata,jelas dalam kamus perjuangan UMNO Semporna tidak pernah melangkah kebelakang dalam perjuangan membela nasib bangsa seluruhnya dalam mengangkat  darjat kehidupan rakyat,dalam menyongsong perjuangan sejati tanpa meminggir mereka  dibandar,kampong dan desa.
Beliau juga turut mengingatkan ahli-ahli parti sentiasa berwaspada dan tidak terikut-ikut rentak tari seorang dua yang sudah berpaling tadah berkelana membawa hati yang gundah gulana.

SAMBUTAN HANGAT...Hishammuddin (tiga kanan) disambut meriah setibanya di Dewan Masyarakat Semporna sempena majlis itu.
“ Mereka itu ibarat burung layang-layang yang terbang mengintai ruang dan peluang apabila mendapat peluang maka dibawanya pulang sebaliknya bila tidak mendapat ruang,diapun terbang menghilang,” kata Nasir.
Nasir, juga menegaskan bahawa UMNO Semporna kini sudah berdiri teguh semula dengan semangat panas membara dan jentera siapsiaga menghadpi pilihan raya umum ke-14 pada bila-bila masa sahaja semboyan PRU ditiup Presiden dan Perdana Menteri.

   BERSATU BERSETIA...Hishammuddin( tiga kanan); Tun Sakaran (dua kanan);Yahya Hussien (kanan) dan Nasir (tiga kiri) turut menyanyikan lagu UMNO sempena majlis itu di Semporna.
Sehubungan itu,Nasir yang juga Wakil Rakyat Senallang,menyampaikan resolusi ikrar UMNO Bahagian Semporna terus berdiri teguh menyokong kepimpinan YAB Presiden dan Perdana Menteri,Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai nakhoda bahtera UMNO dan YAM Pengerusi Badan Perhubungan UMNO merangkap Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman sebagai pengemudi bahtera UMNO di Sabah.Oleh:ARSHAD HUSSIN.
Sebahagian perwakilan dan pergerakan wanita turut memeriahkan majlis perasmian itu di Semporna.
SOKONGAN MORAL...Tan Sri Ampong (dua kanan);Ismail(kanan) dan Isnin (tiga kanan) serta sebahagian ahli-ahli UMNO memberikan sokongan mora sempena majis itu di Semporna.


PERWAKILAN...Sebahagian perwakilan UMNO yang turut menjayakan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Semporna Ke-24 di Semporna.

PERWAKILAN...Sebahagian perwakilan UMNO yang turut menjayakan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Semporna Ke-24 di Semporna.

TANDA INGATAN...Nasir (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Hishammuddin(lima kanan) sambil disaksikan Yahya(dua kanan) dan Ramlee(kanan) sempena majlis itu.
TAMU UNDANGAN...Datuk Nizam (dua kanan);Akhbar Khan(tiga kanan);Datin Rukiah (kiri) sempena majlis perasmian mesyuarat itu di Semporna.

KENANGAN...Hishammuddin (tengah) dan Nasir (kiri tengah) mengabadikan gambar kenangan bersama perwakilan Pergerakan Wanita dan Pergerakan Puteri sempena majlis itu di Semporna.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan