KETAMBAK GADANG...Supari dengan seekor ikan Ketambak gadang @Lossu seberat 8.5kg hasil pancinga dasar di sebelah pagi hari kedua trip Semarang. |
Hampir dua bulan aktiviti memancing ke laut dalam terhenti gara-gara kesibukan masa kerja dan keadaan cuaca yang tidak menentu. Apabila mendapat tawaran menyertai trip memancing ke spot Semarang Sabtu lepas, terbayang pengalaman memancing di sana awal bulan mei 2015 bersama Tekong Jekery menaikkan penghuni dasarnya yang serba mega dari spesis ikan Merah, spesis GT,Sulit Merah dan Kerisi gadang.
Cikgu Baniyamin berjaya menaikkan seekor ikan Kerian di sebelah pagi berhampiran pelantar Semarang. |
Trip Geng Perasap kali ini menggunakan khidmat kapal pancing Ah Tan dan dikendali Tekong Isting, diketuai Masta Hamzah dari Sipitang dan disertai tujuh pemancing terdiri dari Geng Perasap Kudat,Ajak dan Assau; Supari Arie dari Sipitang; Cikgu Bung Baniyamin dari Beaufort;Florence Mamai dari Penampang, Pak Jomo dari Papar dan Zahar dari Rompin,Pahang.
Pelayaran selama tujuh jam dari jeti Kuala Penyu ke spot Semarang digunakan para pemancing melelapkan mata menambah tenaga dan ada yang membuat persiapan akhir untuk menjerat ikan-ikan mega yang dikatakan banyak menghuni dasar lautan Semarang.
IKAN KERIAN...Assau turut berjaya menaikkan seekor ikan Kerian dari keluarga ikan putih di takat terakhir lautan Semarang. |
Cuaca petang itu cukup cerah dan api boring dari pelantar Semarang kelihatan menyala sambil kapal besar warna oren berlegar-legar tidak jauh dari kawasan pelantar mengawasi kapal pancing dan perahu nelayan yang menceroboh dan menangkap ikan dalam kawasan pelantar.
Tepat jam 4.15 petang sebaik sahaja sauh dilabuhkan di spot pertama kesemua pemancing tidak membuang masa terus melabuhkan umpan ke dasar dengan penuh harapan mendapat sentakan ikan Kerisi Bali mega atau GT mama.Hanya beberpa ekor ikan kerapu bersaiz sedarhana dan ikan Pisang-Pisang dapat dinaikkan semua pemancing termasuk ikan ketambak dan ikan kekacang.
KERIAN GADANG...Ajak pemancing dari Kudat berpuas hati dapat menaikan ikan Kerian di spot Semarang. |
LOSSU....Cikgu Baniyamin tatap tidak mengalah dengan ikan Lossu@Ketambak meganya hasil bersengkang mata semalaman di spot Semarang. |
Sesekali Pak Jomo memandang hujung joran kalau-kalau ada lenturan sambil memerhati LCD Miya X9 dan Miya X4 berjoran 13 kaki panjang namun,tiada getuan atau henjutan dari penghuni dasar yang dinantikan selepas hampir setengah jam menunggu. Sunyi sepi.
KETARAP...Cikgu Baniyamin berjaya menaikkan seekor ikan Ketarap di sebelah pagi berhampiran pelantar Semarang. |
Zaharuddin yang sejak tadi hanya menaikkan ikan selar,kerapu dan pisang-pisang mencuba nasib melontarkan jig besi.Beberapa minit menghenjut jig 100gm berwarna biru keperakan mendapat sambaran ikan Kerian seberat seberat lebih 3kg. Selepas mendapat sambaran,Zaharuddin berehat dan menggantungkan harapan dengan pancingan bottom menggunakan mesin Shimano Force Master dipasangkan joran Ugly Stik sementara mesin Banax rosak selepas dibelasah ikan mega.Bukan itu sahaja,dua batang jorannya turut patah akibat sambaran ikan gadang.
IKAN KARANG...Pelbagai jenis ikan karang dan ikan Sagai,Kachi dan Tuna sirip hitam hasil pancingan Zaharuddin di takat Semarang. |
SARAT IKAN...Hasil pancingan Bung ikan Kerian,Ketambak,Barracuda dan pelbagai ikan karang sepanjang trip 3H2M di spot Semarang. |
Pak Jomo menghampiri Supari yang berulangkali mendapat sambaran ikan Tuna@Dogtooth dan mempraktikkan rahsia yang dibisikkan Supari.Memang benar hanya beberapa minit joran panjang 13kaki berpasangan Miya X9 milik Pak Jomo melentur dihenjut kuat Dogtooth.Barulah kali ini Pak Jomo sedikit riang selepas bangun dari tidur ketika semua pemancing berpesta tarikan ikan Kerian,Tenggiri,Sagai dan Ketambak mega.
HASIL JIGGING...Ikan Kerian dan Sagai dari spesis ikan Putih hasil jigging pemancing Mamai di spot keenam takat Semarang. |
Trip memburu Kerisi Bali kapal Ah Tan yang didominasi ikan Kerian ditamatkan tepat jam 9.00 pagi waktu Semarang dengan hasil pancingan dasar yang kurang memuaskan dan trip yang cukup meletihkan.Oleh:ARSHAD HUSSIN.
PANCINGAN DASAR...Spesis ikan putih,Ketambak dan sulit merah yang dapat dipancing Assau sepanjang malam. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan