Ahad, 30 Oktober 2016

Pusat Internet 1Msia rapatkan jurang digital-Nasir Tun Sakaran:



PLAQ PERASMIAN...Nasir (dua kiri) diringi Mohd Ali Hanafiah (tiga kanan)
menandatangan plaq perasmian Pusat Komputer 1Msia Kg.Mantaritip,Semporna. 
Oleh:ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA: Kira-kira 1,675 orang penduduk Kampung Mantaritip kini mampu menikmati Internet Jalur lebar serta mengikuti latihan-latihan berasaskan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT).

Pusat Internet 1Malaysia itu merupakan projek kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melalui agensinya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksana oleh Celcom Axia (M) Bhd bersama rakan kongsi teknologinya,NuSura Technologies.

ALBUM KENANGAN...Nasir (empat kanan); Mohd.Ali Hanafiah (empat kiri) mengabadikan gambar kenangan bersama pemimpin dan petugas Pusat Internet 1Msia Kg. Mantaritip,Semporna. 

Sejak ditubuhkan awal September 2015,Pusat Internet ini menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk capaian internet berkelajuan tinggi sehingga 4Mega Bit Per Seconds (4MBs); latihan percuma kepada ahli Pusat Internet serta program pembangunan bersama komuniti.

Selai itu,SKMM juga turut meluluskan semua pelajar berusia 20 tahun,warga emas berusia 60 tahun ke atas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dikecualikan daripada bayaran menggunakan kemudahan melayari internet di pusat itu.

DAH RASMI...Nasir (dua kanan) dan Mohd.Ali Hanafiah selepas memotong pita perasmian.
Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO),Dato Sri Hj.Nasir  Tun Sakaran, berkata dengan beroperasinya pusat internet itu sepenuhnya,menandakan kerajaan Barisan Nasional tidak meminggirkan penduduk luar bandar dari arus kemodenan IT selaras dengan hasrat kerajaan dalam merapatkan lagi jurang digital serta melahirkan rakyat bermaklumat dan celik teknologi.

Nasir yang juga Wakil Rakyat Senallang,menjelaskan setakat ini sebanyak 674 buah Pusat Internet beroperasi seluruh Negara dimana 88 buah daripadanya telah siap dan beroperasi sepenuhnya di Sabah termasuk dua buah Pusat Internet di Kampung Bugaya dan Kampung Mantaritip.

PUSAT INTERNET...Nasir (kiri) bersama Mohd.Ali (kanan) mencuba melayari internet di Pusat Internet 1Msia Mantaritip. 

 “ Kita berharap pihak SKMM mempergiatkan lagi usaha membina lebih banyak Pusat Internet serta projek-projek dalam memperkasa ICT kepada masyarakat di daerah ini,” kata Nasir.

Nasir berkata demikian sempena merasmikan Pusat Internet 1Malaysia Kampung Menteratif dekat sini.

Hadirsama sempena majlis itu Ketua Pegawai Komunikasi Dan Ekosistem Digital,Dato Mohd.Ali Hanafiah Mohd Yunus; Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia,Wilayah Sabah & Labuan, Mazlan Othman; Penolong Pegawai Pembangunan Daerah,ADDO Hj.Abdullah Sukka;Setiausaha UMNO Bahagian,Mohd.Syam Muksan; Pegawai Khas Pengerusi SEDCO,Hj.Tahir Amir serta pemimpin-pemimpin peringkat kampong dan daerah.

ALBUM KENANGAN...Nasir (empat kanan); Mohd.Ali Hanafiah (empat kiri) mengabadikan gambar kenangan bersama pemimpin dan petugas Pusat Internet 1Msia Kg. Mantaritip,Semporna.

Sehubungan itu,Nasir menyarankan masyarakat setempat membantu daerah itu mengembalikan keharmonian masyarakat serta penjanaan ekonomi.

Ujarnya,usahawan dalam talian serta perusahaan kecil dan sederhana berperanan relevan dalam memastikan pertumbuhan ekonomi secara mapan dan eksklusif,kerana mereka merupakan penyumbang dalam pembangunan ICT yang berpotensi memberikan impak berpanjangan kepada ekonomi digital,serantau,Negara serta mampu menyediakan peluang-peluang pekerjaan baharu.

 SOKONGAN MORAL...Naib Ketua Puteri,Rafeah Buang(dua kanan);Mohd Idrus(kanan) serta sebahagian pemimpin dan penduduk yang sentiasa memberi sokongan moral sempena majlis moral sempena majlis perasmian Pusat Komputer 1Msia Kg.Mantaritip,Semporna. 

Nasir yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna,mengingatkan penduduk-penduduk  kampong Menteritip memanfaatkan Pusat Interner ituke arah kemajuan diri,keluarga dan bangsa.

“ Gunakanlah kemudahan ini  secara positif dan bukan untuk menjatuhkan kerajaan dan meranapkan Negara,” katanya.

Nasir menegaskan, inisiatif yang dilaksana SKMM bukan sekedar pelengkap kepada pembangunan suatu masyarakat yang serba terhubung,malah ianya perlu dilihat sebagai satu peluang untuk mengubah cara hidup komuniti di daerah itu terus maju dan membangun.

“ Penglibatan semua pihak,kerajaan,PBT,para peniaga,pelajar dan komuniti setempat perlu diselaraskan dan digembleng untuk menjadi pemacu kea rah pembangunan lebih mapan,” kata Nasir.

PITA RASMI...Nasir (tengah) diringi Mohd.Ali Hanafiah (dua kanan) memotong pita sempena majlis perasmian Pusat Komputer 1Msia Kg.Mantaritip,Semporna. 









Tiada ulasan:

Catat Ulasan