BANTUAN KWAPM...Nasir (dua kiri) diringi
Abdullah Sukka (kiri)
dan Baknan (dua kanan) menyampaikan bantuan
KWAPM
Tahun 1 kepada salah seorang
ibubapa
sempena majlis itu di SK
Tampi-Tampi,Semporna
|
Oleh: ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA: Golongan ibubapa disaran memanfaatkan Bantuan
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) bagi tujuan pembelajaran dan
bukannya untuk tujuan lain.
Wakil Rakyat Senallang,Dato
Sri Nasir Tun Sakaran, menjelaskan, Tabung KWAPM itu
adalah untuk membantu golongan ibu bapa pelajar yang berpendapatan rendah dan
tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah serta terdiri dari
Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar
dengan eKASIH dan disahkan status
kemiskinannya sebagai Miskin atau Miskin Tegar.
Katanya, adalah menjadi hasrat kerajaan melalui KPM
untuk mengurangkan jurang antara golongan miskin dan yang berkemampuan dalam
mendapatkan peluang serta akses kepada pendidikan yang samarata untuk
melahirkan pelajar yang cemerlang.
Nasir berkata demikian sempena merasmikan program
majlis Permuafakatan PIBG & Penyampaian Bantuan KWAPM SK Tampi-Tampi dekat sini.
Hadirsama sempena majlis itu Guru Besar,Baknan
Ali Lampung; Pengerusi PIBG,Haji Abdullah Sukka serta wakil Pegawai Pendidikan
Daerah.
Nasir berkata, golongan ibubapa tidak seharusnya menyandarkan sepenuhnya pendidikan
anak mereka kepada pihak guru di sekolah, sebaliknya hendaklah memainkan
peranan memberikan pendidikan dan pemantauan pelajaran anak-anak mereka semasa
di rumah.
Katanya, setiap ibubapa seharusnya lebih
peka sambil mengambil tahu aktiviti anak-anak semasa di rumah dan tidak
membiarkan mereka membuang masa dengan kegiatan tidak berfaedah.
Nasir menambah,perhatian serius ibubapa terhadap
pelajaran anak-anak tentu akan lebih memeriahkan lagi kejayaan anak-anak dalam
bidang pelajaran yang diringi dengan kerjasama erat antara guru dan ibubapa
yang ditekankan demi mencapai tahap kejayaan yang mampu mengangkat mutu pendidilan
berkualiti.
SOKONGAN MORAL...Sebahagian golongan
ibubapa yang turut mmeriahkan majlis Permuafakatan PIBG SK
Tampi-Tampi,Semporna.
|
Nasir yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan
Ekonomi Sabah (SEDCO) menegaskan, peranan PIBG serta guru-guru juga sangat
penting bagi meningkatkan lagi pencapaian pelajaran murid disamping kekerapan
mengadakan usaha bersama semata-mata demi kejayaan cemerlang semua pelajar.
Sempena majlis itu juga,Nasir menyampaikan
bantuan peribadi berupa dua unit penghawa dingin untuk kegunaan sekolah itu.
APA KHABAR...Nasir (tengah) diringi
Baknan (kanan) bersalaman dengan sebahagian ibubapa sempena majlis itu di SK
Tampi-Tampi,Semporna.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan