Selasa, 22 November 2016

Jangan bimbang kerajaan sentiasa prihatin-Nasir Tun Sakaran:



BANTUAN MANGSA...Nasir (tiga kanan) dibantu Basalie(kiri);Harman (tiga kiri) dan Razwa dua kiri) menyampaikan bantuan kepada salah seorang mangsa kebakaran Kg.Berjasa Balimbang di pulau Bum Bum,Semporna.

 Oleh:ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA: Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna,Dato Sri Nasir Tun Sakaran, meminta  semua mangsa kebakaran Kampung Berjasa Balimbang  tidak merasa bimbang  dan sentiasa bersabar dengan musibah yang mereka hadapi.
Katanya,kerajaan Barisan Nasional tidak akan membiarkan rakyatnya menderita malah akan diberikan pelbagai bantuan tanpa mengira sukukaum,fahaman agama dan ideologi politik.

BERSABAR...Nasir (kanan) berbual dan memberikan nasihat serta semangat kepada sebahagian mangsa kebakaran Kg.Berjasa yang ditempatkan sementara di Dewan Serbaguna Balimbang Pulau Bum-Bum,Semporna.

Nasir  yang juga Pengerusi SEDCO berkata demikian sempena majlis penyampaian bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Berjasa Balimbang di pulau Bum-Bum dekt sini.
Turut serta dalam majlis majlis itu,Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Sulabayan,Datuk Harman Mohammad; PPM Senallang,Mohd.Salleh Lakani; SUB Mohd Sham Muksan; Pemangku Ketua  Pemuda,Ahmad Marzuki Nasir ; Pegawai Jabatan Kebajikan Daerah; Pegawai Pusat Zakat Sabah; AJK Bahagian UMNO serta rombongan Pergerakan Wanita;Pemuda dan Puteri UMNO Parlimen Semporna.

TINJAUAN...Nasir(tengah) bersama rombongan meninjau tapak kebakaran Kampung Berjasa Balimbang,Semporna.

Nasir berkata,rakyat hendaklah sentiasa berterima kasih kepada kerajaan BN yang terus prihatin membela nasib rakyat.
Beliau yang Wakil Rakyat Senallang,berkata menasihatkan masyarakat pulau itu sentiasa menjaga kebersihan kawasan rumah mereka dan berhati-hati menggunakan peralatan dapur memasak khsusunya menggunakan letrik serta tidak membuat penyambungan letrik secara haram.

Sempena majlis itu Nasir menyampaikan bantuan berupa makanan,peralatan dapur memasak serta tilam dan bantuan kewangan daripada Pusat Zakat Sabah.

Kebakaran itu  memusnahkan 64 buah rumah dan melibatkan 768 mangsa serta kesemua mangsa kini ditempatkan sementara di Dewan Serbaguna Kg.Berjasa.
 
TAKLIMAT...Nasir (dua kiri) berbual bersama anggota keselamatan sempena majlis itu di Dewan Serbaguna Kg.Berjasa Balimbang,Semporna.
HARAPAN BANGSA....Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Semporna,Ahmad Marzuki Dato Sri Nasir (dua kiri) bersama sebahagian AJK Pemuda yang sentiasa bersemangat turun padang mendengar gerak nadi rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan