Selasa, 8 November 2016

Tingkatkan Kesedaran,Utamakan kesihatan-Nasir Sakaran:

     PERIKSA KESIHATAN...Nasir (duduk tengah) 
turut memeriksa kesihatan sempena Program I Want Sihat 
di SK Terusan Baru Semporna.


Oleh:ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA:  Rakyat Negara ini perlu sentiasa  mengutama dan mementingkan kesihatan dalam kehidupan seharian  dengan mengamalkan gaya hidup sihat bagi membenteras pelbagai penyakit kronik.
Kesedaran tentang penjagaan kesihatan adalah sangat penting bagi mencegah berlakunya penyakit di kalangan individu dan masyarakat.
Ini kerana penyakit-penyakit kronik terjadi kesan daripada amalan gaya hidup serta  pengambilan makanan yang tidak sihat.
Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) sentiasa komited memberi sokongan dan kerjasama bersepadu memperkasa masyarakat terus membudayakan amalan gaya hidup sihat,seterusnya membolehkan rakyat Negara ini sentiasa mengutamakan dan mementingkan kesihatan dalam kehidupan seharian.

      MAKANAN SEIMBANG...Nasir (dua kiri) diringi Hj.Mohd Noor(kiri);OKK Musa(belakang tengah) dan Dr.Hamizah (tiga kanan) mendengar taklimat panduan permakanan seimbang disampaikan Pegawai Kesihatan Daerah Semporna sempena majlis itu.
Wakil Rakyat Senallang,Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran,berkata,kesedaran tentang penjagaan kesihatan amat penting bagi mencegah pelbagai penyakit di kalangan individu dan masyarakat.
Katanya,Penyakit-penyakit kronik terjadi adalah kesan daripada amalan cara hidup yang tidak sihat dengan mengambil makanan yang tidak seimbang serta tidak sihat termasuk merokok dan mengambil minuman alkohol.
Nasir berkata demikian sempena majlis Program I Want sihat  Peringkat Daerah Semporna anjuran Jabatan Kesihatan Daerah di SK Terusan Baru dekat sini.

         BAHAYA NARKOTIK...Nasir(kiri) diringi Dr.Hamizah(dua kiri) dan OKK Musa(tiga kiri) mendengar penerangan mengenai bahaya narkotik disampaikan slaah seorang anggota Unit Narkotik IPD Semporna sempena pameran Program I Want Sihat Jabatan Kesihatan Daerah Semporna di SK Terusan Baru.

Hadirsama sempena majlis itu Wakil Pegawai Kesihatan Daerah,Dr.Hamizah Sidin;Guru Besar,Puan Norsiah Hj.Hinayat;Wakil Pegawai Pendidikan Daerah,Sufian Bidin; PPM Mohd.Salleh Lakani; Ketua Daerah,OKK Hj.Musa Sabaani serta pemimpin-pemimpin politik dan pemimpin tempatan.
Nasir berkata,kempen Program I Want Sihat merupakan aspirasi rakyat dan merupakan satu hasrat yang disuara serta disyorkan sendiri oleh rakyat.

         DENGAN RASMINYA...Nasir (memalu gong) sempena merasmikan Program I Want Sihat Peringkat Daerah Semporna 2016 di SK Terusan Baru,Semporna.

Nasir yang juga Pengerusi SEDCO,menjelaskan, KKM khususnya Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telahpun melaksana Kempen Cara Hidup sihat(KCHS) bertemakan “Sihat Sepanjang Hayat” sejak 2003 hingga kini dan kempen ini berterusan melalui promosi kesihatan bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dengan lima(5) komponen tingkah laku yang menjadi fokus utama.
Antaranya tidak merokok;makan secara sihat;melakukan aktiviti fizikal;menangani stress dengan bijak serta menjauhi alkohol.
     KENANGAN SIHAT...Nasir (duduk depan tengah) mengabadikan gambar kenangan bersama sebahagian AJK Pelaksana Program I Want Sihat,Pejabat Kesihatan Daerah Semporna 2016 di SK Terusan Baru.

Sempena program itu juga,pelbagai aktiviti dilaksana termasuklah aktiviti berjalan kaki 10,000 langkah;Senam Robik bersama GSIM;Saringan Kesihatan;Pameran Kesihatan;Pemeriksaan Gigi/Derma Darah dan Sukan Rakyat.

      SUKAN KESIHATAN...Ahmad Marzuki (tengah) bersama sebahagian AJK Pemuda UMNO Semporna turut mengambil bahagian menyertai sukan tarik tali sempena Program I Want Sihat di SK Terusan Baru,Semporna.

 
    PENGHARGAAN...Nasir(tengah) diringi Dr.Hamizah (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Guru Besar SK Terusan Baru sempena majlis itu.

        MERIAH...Nasir (tiga kiri); PPM Mohd Salleh(dua kiri);OKK Musa (dua kiri);Dr.Hamizah(lima kanan); Ahmad Marzuki (tiga kanan) bersama sebahagian penduduk sempena perasmian Program I Want Sihat Peringkat Daerah Semporna.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan