Rabu, 23 November 2016

Pembangunan sahsiah diri perlu diberi keutamaan -Nasir Tun Sakaran:



Oleh:ARSHAD HUSSIN

TAHNIAH...Nasir(tengah) diringi Juliana(dua kanan)
 dan Abdullah Sukka(kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang
murid sempena Mini Konvokesyen Tabika/Taska KEMAS Parlimen Semporna.
SEMPORNA: Aspek pembangunan sahsiah diri dan kecerdasan kerohanian(SQ) bersama bidang IQ dan EQ perlu diberikan penekanan utama bagi melahirkan insan cemerlang yang seimbang  dapat memenuhi tuntutan dunia dan akhirat.
Rasionalnya pakej tiga dalam satu ini bertujuan menjadikan pelajar sebagai insan yang cemerlang dan mampu mendepani daya saing dalam dunia pancaroba yang semakin mencabar jati diri.
Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna,Dato Sri Nasir Tun Sakaran,menegaskan,aspek kemahiran insaniah “soft skill” tidak boleh dikesampingkan dimana penghayatan nilai-nilai patriotisma yang disemai melalui pembelajaran mata pelajaran sejarah,keterampilan komunikasi,kreativiti,inovasi,kepimpinan,pengurusan organisasi juga perlu dikuasai pelajar dalam aktiviti kokurikulum sekolah.
“ penguasaan ilmu-ilmu moden seperti sains dan teknologi dalam kalangan rakyat mampu meningkat daya saing Negara di peringkat global,” kata Nasir.

Katanya,kerajaan sentiasa menginginkan rakyatnya memiliki minda kelas pertama seiringi dengan pembangunan infrastruktur kelas pertama yang sudahpun dibangunkan kerajaan.

DENGAN RASMINYA...Nasir (tengah) memalu gong sempena merasmikan Mini Konvokesyen Tabika/Taska KEMAS Parlimen Semporna.
Justru itu,tenaga kerja yang mahir dan kompeten merupakan aset penting bagi melestari dan menjayakan misi nasional ini untuk melahirkan pelajar-pelajar  cemerlang  dalam pelbagai disiplin ilmu.
Nasir berkata demikian sempena merasmikan Mini Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika/Taska KEMAS Parlimen Semporna 2016  di sini.
 KONVO TABIKA...Nasir (kiri) diringi Juliana (belakang kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar lelaki Tabika KEMAS Senallang sempena majlis Mini Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika/Taska Kemas Parlimen Semporna.

Hadirsama sempena majlis itu Pegawai Kemas Daerah,Puan Juliana Mohd.Udin;Wakil Pegawai Daerah,Haji Abdullah Sukka; Ketua Daerah,OKK Haji Musa Sabaani;SUB Mohd.Syam Muksan;Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Semporna,Ahmad Marzuki Dato Sri Nasir;Penyelia Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS,Puan Hjh Amsijah Hj.Julpin; Penyeli Bina Insan merangkap Penyelia Kanan Perhubungan KEMAS daerah,Ustaz Mohammad Bahar serta kakitangan kemas Daerah.
TAHNIAH...Nasir(tengah) diringi Juliana(dua kanan) dan Abdullah Sukka(kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang murid sempena Mini Konvokesyen Tabika/Taska KEMAS Parlimen Semporna.

Nasir berkata,menyedari betapa pentingnya penguasaan ilmu di peringkat sekolah,maka kanak-kanak ini adalah antara golongan yang sangat diharapkan untuk masa hadapan bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang pembelajaran.
MENUNGGU SIJIL....Gelagat tiga orang murid Tabika Kemas sempena Mini Konvokesyen Tabika/Taska Kemas Parlimen Semporna di Dewan Masyarakat Semporna.

Sehubungan itu,Nasir menyarankan Kemas akan terus memastikan peranannya terus kekal dan relevan sebagai agensi kerajaan yang menjadi nadi pembangunan masyarakat luar bandar.
PERBARIRSAN MASUK...Nasir(tengah belakang);Juliana( belakang kiri) dan Mohd Salleh (belakang kanan) diringi masuk oleh sebahagian murid-murid KEMAS sempena Mini Komvokesyen Tabika/Taska Kemas Parlimen Semporna.

Beliau yang juga Wakil Rakyat Senallang,berkata, sesungguhnya sumbangan dan komitmen KEMAS telah memungkinkan masyarakat di luar bandar merasakan nikmat pembangunan Negara yang dirancang.
Katanya,apa yang telah dilakukan oleh Jabatan KEMAS pada masa kini menepati matlamat memajukan bangsa,agama dan Negara.
MINI KONVO...Sebahagian murid-murid Tabika/Taska menunggu giliran menerima sijil sempena Majlis Mini Konvo Tabika/Taska KEMAS Parlimen Semporna di Dewan Masyarakat Semporna.

Sempena majlis itu,Dato Sri Nasir  yang juga Pengerusi SEDCO,menyampaikan sijil Tabika/Taska KEMAS  2016 bagi sessi  pagi kepada 665 murid Tabika Parlimen Semporna sementara bagi sessi petang 261 orang murid disampaikan Puan Juliana Mohd.Udin. 

        KENANGAN MINI KONVO...Nasir(berdiri tengah belakang) mengabadikan gambar kenangan bersama guru-guru dan kakitangan KEMAS Daerah Semporna sempena majlis Mini Konvokesyen itu di Dewan Masyarakat Semporna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan