Ahad, 9 Julai 2017

Beri sokongan padu demi pastikan kecemerlangan pelajar - Nasir Sakaran:


 TOKOH GURU WANITA...Nasir (tiga kiri) diringi Dzulkifli (dua kiri) menyampaikan anugerah Tokoh Guru Wanita 2017 kepada Umai Salmah Abdul Karim (dua kanan) sempena majis itu di Semporna.

SEMPORNA: Wakil Rakyat Senallang,Dato Sri Nasir Tun Sakaran, menyeru golongan ibu bapa sentiasa memberi sokongan padu kepada guru-guru dan PIBg terhadap semua  usaha  yang  dilakukan  bagi memastikan segala perancangan pendidikan jangka pendek dan jangka panjang dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur.

Katanya,  ibu bapa juga perlu menanam kesedaran bahawa tugas mendidik anak sepenuhnya bukan hanya diletakkan di bahu guru, namun mereka juga perlu memainkan peranan sama terutamanya  ketika anak mereka berada di rumah.

Nasir yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), menjelaskan, dengan kerjasama itu akan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang selain memiliki budi pekerti yang tinggi sekaligus mampu bersaing diperingkat antarabangsa pada masa akan datang.
Beliau berkata demikian sempena merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Semporna dekat sini.

KENANGAN HARI GURU...Kumpulan Koir guru-guru Daerah Semporna mengabadikan gambar kenangan sempena majlis itu.

Hadirsama sempena majlis itu, Pegawai Daerah Semporna, Dr.Chacho Hj.Bulah; Pegawai Pendidikan Daerah Semporna, Dzulkifli Hj. Basha; guru-guru serta pemimpin-pemimpin masyarakat peringkat Daerah.
Dato Sri Nasir Tun Sakaran yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna,berkata ,selaras dengan Tema Hari guru 2017, iaitu “Guru Pembina Negara Bangsa” memperihalkan ketinggian kedudukan seorang guru itu dalam membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu, harmoni dan cemerlang.
Katanya, definisi guru itu sendiri memberi maksud jelas mengenai kebolehan dan kelebihan seorang guru yang mampu melahirkan modal insan  kelas pertama.

Nasir menambah,guru memainkan peranan yang tinggi dalam mengembangkan  kemahiran dalaman dan luaran pelajar bagi memastikan mereka mempunyai ilmu dan kemahiran yang mencukupi.

Sehubungan itu,Nasir,  yakin dan optimis bahawa nilai kendiri yang tinggi di samping pengorbanan yang ikhlas dalam kalangan warga pendidik mampu membuahkan hasil yang cemerlang.


Beliau menegaskan, sikap seperti itu sangat dituntut  dalam usaha untuk melahirkan  insan yang seimbang dan berfikiran minda kelas pertama sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
  TOKOH GURU... Nasir (kiri) menyampaikan sijil Anugerah Tokoh Guru peringkat Daerah Semporna 2017 kepada Haji Abdul Taha Hj.Abdul Jalil (kanan) sempena majlis itu di Semporna.

PEMBINA NEGARA BANGSA...Sebahagian guru-guru yang turut menjayakan sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Semporna 2017 di Dewan Masyarakat,Semporna.
  
       CENDERAKENANGAN...Nasir menerima cendera kenangan disampaikan PPD Dzulkifli Ali Basha sempena majlis itu.

      APA KHABAR...Nasir (kanan) diringi Dzulkifli (tiga kanan) dan Hajan Gurimbang(kanan) bersalaman dengan sebahagian guru-guru sempena majlis itu di Semporna.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan