Oleh:ARSHAD HUSSIN
CENDERAKENANGAN...Nasir(dua kanan) diringi
Harman (kanan)
dan Ahmad Marzuki(kiri) menerima cendera kenangan
disampaikan
Mohd.Aziz Ibno (dua kiri) sempena majlis itu
di pulau Larapan,Semporna.
|
SEMPORNA: Pemangku
Ketua UMNO Bahagian Semporna,Dato Sri Nasir Tun Sakaran,mengajak rakyat terus
berjuang dan mempertahankan parti UMNO dan Barisan Nasional demi untuk membela
nasib rakyat yang berbilang kaum di negeri ini.
Katanya,kerajaan yang sentiasa bertukar-tukar tidak akan
memberikan kebaikan kepada rakyat dan tidak akan memberikan manfaat malah akan
terus memecah belahkan perpaduan rakyat yang sedia terjalin erat.
Katanya,negeri Sabah pernah mengharungi situasi pertukaran
kerajaan disetiap pilihanraya beberapa dekad lalu dan ianya banyak memberikan
impak negatif malah ketinggalan dari
segi pembangunan selain rakyat berbilang kaum saling mencurigai.
Beliau berkata demikian sempena Program Jelajah Rakyat bagi DUN Sulabayan di Pulau Larapan Hujung dekat
sini.
Hadirsama sempena majlis itu,Pemimpin Pembangunan Masyarakat
DUN Sulabayan,Datuk Harman Mohammad; PPM Senallang,Mohd.Salleh Lakani; SUB Mohd
Sham Muksan; Pemangku Ketua Pemuda,Ahmad
Marzuki Nasir ; AJK Bahagian serta rombongan Pergerakan Wanita;Pemuda dan
Puteri UMNO Parlimen Semporna.
JELA.JAH RAKYAT...Nasir (tengah) bersama rombongan tiba di pulau Larapan sempena program Jelajah PDM itu di Semporna. |
Nasir berkata,UMNO bukan sahaja menyalurkan bantuan
pembangunan insfrastruktur kepada segenap lapisan rakyat tanpa mengira sukubangsa
dan anutan agama malah memberikan pembangunan sahsiah kepada golongan muda
menjadi pemimpin masa hadapan Negara.
Nasir berkata,kehadiran UMNO sejak 20tahun di Sabah telah
banyak memberikan pelbagai bantuan dan pembangunan bagi memastikan rakyat
negeri ini dapat menikmati kehidupan yang makmur dan harmoni.
APA KHABAR...Nasir (tengah) bersalaman dengan sebahagian pemimpin dan penduduk sempena Program Jelajah PDM itu di Pulau Larapan,Semporna. |
Justeru itu,rakyat hendaklah sentiasa mengukuhkan perpaduan
yang sedia ada dan tidak terpengaruh dengan propaganda pembangkang yang cuba
mengelirukan fikiran rakyat sebaliknya rakyat hendaklah terus berjuang dalam UMNO
demi masa hadapan generasi yang memerlukan pembelaan.
Sempena majlis itu juga Dato Sri Nasir menyampaikan
sumbangan kepada fakir miskin,ibu tunggal dan golongan kurang upaya.
SUMBANGAN...Nasir (kanan) menyampaikan sumbangan sempena program Jelajah PDM itu di pulau Larapan,Semporna. |
SENTIASA BERKHIDMAT...Nasir (duduk dua kiri) melayan salah seorang penduduk Pulau Larapan sempena majlis itu. |
BINCANG...Nasir(dua kanan) berbincang sesuatu dengan Harman (empat kanan) sempena program itu di pulau Larapan,Semporna. |
SOKONGAN RAKYAT...Sebahagian penduduk pulau Larapan turut sentiasa memberikan sokongan padu memeriahkan majlis itu. |
MERIAH...Sebahagian kaum ibu dan penduduk Pulau Larapan sentiasa memberikan sokongan padu memeriahkan majis Jelajah PDM itu. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan