Selasa, 18 Oktober 2016

UMNO Semporna siap sedia hadapi PRU-14:Nasir Tun Sakaran:

      SALAM PEMIMPIN...Nasir(kiri) bersalaman dengan sebahagian
perwakilan UMNO Bahagian Semporna sempena
 majlis perasmian mesyuarat itu di Dewan Masyarakat Semporna.

Oleh: ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA:  UMNO Bahagian Semporna kini bersiap sedia menghadapi pilihanraya ke-14 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. 
      BERSATU BERSETIA...Nasir(tengah);Jamawi Jaafar(enam kanan);Ahmad Marzuki(kiri);Ariffin(dua kiri);Mohd.Syam (lima kanan);Hjh.Latifah dan Zakiah(tiga kanan) menyanyikan lagu UMNO sempena majlis itu di Semporna.
      SOKONGAN PADU...Sebahagian ahli-ahli UMNO dan perwakilan sempena majlis perasmian seretak Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Semporna 2016.
      SOKONGAN MORAL...Sebahagian perwakilan Wanita UMNO Semporna turut memeriahkan majlis itu di Dewan Masyarakat Semporna.

   SOKONGAN MANTAP...Barisan AJK UMNO Bahagian Semporna,Dato Hajan Gurimbang (dua kiri);Datuk Harman Mohammad(tiga kiri);Datuk Basalie (empat kanan);Pusukah Abd.Rajak(dua kanan);Mohd.Salleh Lakani(dua kanan) dan Datuk Malali(kiri) bersama sebahagian perwakilan sempena majlis itu di Semporna.
Pemangku  Ketua UMNO Bahagian Semporna,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran berkata,  ini kerana sokongan rakyat terutamanya ahli Umno di kawasan berkenaan semakin kuat dan teguh. 

Katanya,  walaupun UMNO Semporna menghadapi cabaran berat berikutan bekas ketua bahagiannya keluar parti sebelum ini,  namun majoriti ahli-ahli UMNO Semporna tetap setia dan terus menyokong kepimpinan baharu yang ada pada hari ini demi untuk meneruskan wadah perjuangan UMNO.

Nasir, berkata demikian sempena perasmian mesyuarat perwakilan serentak tiga sayap UMNO Bahagian Semporna iaitu Pergerakan  Wanita,  Pemuda dan Puteri di Dewan Masyarakat Semporna dekat sini.

Majlis perasmian itu disempurnakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia,Encik Jamawi Jaafar.



       APA KHABAR...Jamawi Jaafar (tiga kanan) diringi Nasir(lima kiri) bersalaman dengan sebahagian ahli UMNO sempena majlis itu di Semporna.

Hadirsama sempena majlis itu  Setiauaha UMNO Bahagian, Mohd Syam Muksan; Ketua Pergerakan Wanita,Hjh.Latifah Penghulu Hj.Hindi; Ketua Pergerakan Pemuda,Ahmad Marzuki Nasir; Ketua Pergerakan Puteri,Puan Zakiah Hj.Kalipunya; Barisan AJK Bahagian; Wakil-wakil pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri Negeri dan Bahagian dan ahli-ahli UMNO.
  
Nasir yang juga Wakil Rakyat Dun Senallang berkata,   ketika ini pelbagai gerakan dan persiapantelah dan  dijalankan termasuk  melaksana program bersama rakyat selain  taklimat dan sesi penerangan mengenai hala tuju parti bagi  mempastikan ahli-ahli UMNO terus setia kepada parti.

Sehubungan itu,Nasir turut mengingatkan rakyat khususnya ahli UMNO supaya terus bersatu padu dan tidak berpecah belah bagi memastikan kemenangan UMNO pada pilihan raya akan datang.

Katanya,rakyat harus sedar dengan nikmat pembangunan yang dikecapi di daerah itu sejak BN memerintah negeri ini semakin menyerlah dan memberikan impak yang besar dalam pelbagai sudut kehidupan rakyat Semporna.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan