CABARAN
EKONOMI...Nasir (dua kiri) berbincang sesuatu
dengan Dr.Kamisan@Arif
Pusiran(kanan) sambil diperhatikan
Prof.Datuk Dr.Kassim (kiri) dan Jakaria
Dasan(dua kanan)
selepas majlis itu di UMS.
|
Oleh:ARSHAD HUSSIN
KOTA
KINABALU: Usaha menangani isu dan cabaran dalam pembangunan ekonomi negeri
Sabah perlulah dipantau dan ditambahbaik secara berterusan disamping usaha
penyelidikan oleh institusi-institusi akademik dan institusi-institusi penyelidikan
negeri dalam pelbagai aspek pembangunan.
Dimana
institusi-institusi ini mampu menjadi pusat rujukan dan pangkalan data dalam
usaha merangka pelan dan strategi pembangunan negeri Sabah.
Pengerusi
Perbadanan Pembangunan Sabah(SEDCO),Dato Sri Nasir Tun Sakaran,berkata,kekangan
data dalam pelbagai aspek ekonomi menyukarkan pembuat dasar merangka dasar dan
strategi pembangunan menyeluruh selain menilai keberkesanan projek-projek yang
telah dilaksanakan.
Oleh
itu katanya usaha Universiti Malaysia Sabah (UMS) kearah penubuhan Pusat
Penyelidikan Ekonomi adalah tepat pada masanya,ketika kita terus berhadapan
dengan isu dan cabaran ekonomi semasa.
CENDERAHATI...Nasir
(kiri) menerima cenderahati
disampaikan Dr.Kasim Mansur (kanan)
sempena seminar
itu di UMS.
|
Nasir berkata
demikian sempena menyampaikan ucap utama “ Ekonomi Sabah:Isu & Cabaran”
sempena Seminar pertama Ekonomi Semasa 2016
di UMS dekat sini.
Seminar selama dua
hari bermula 21-22 September yang bertema 'Sabah Economy:Current Challenges and
Future Direction' itu anjuran bersama
Fakulti Perniagaan,Ekonomi dan Perakunan UMS dengan Sabah Economic Development
Investment Authority(SEDIA) & Institute for Development Studies Sabah(IDS).
Hadirsama sempena
majlis itu,Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Fakulti Perniagaan,Ekonomi
& Perakunan (FPEP) UMS,Dr.Kamisan @ Arif Pusiran; Felo Utama LESTARI
UKM,Profesor Emeritus Chamhuri Siwar; Penasihat Seminar,Prof.Datuk Dr.Kasim
Hj.Md.Mansur dan Pengerusi Seminar,Dr.Sarma Hj.Mohd Imran Aralas.
Nasir
berkata,usaha kearah isu dan cabaran kepada ekonomi negeri Sabah adalah satu
usaha yang berterusan dan memerlukan kerjasama semua pihak termasuk agensi dan
badan kerajaan,swasta,institusi pendidikan tinggi serta lapisan masyarakat yang
pelbagai.
Katanya,disebalik
cabaran yang dihadapi,kita harus terus berpandangan positif dan mengambil
peluang untuk melakukan pembaharuan dan merealisasikan transformasi struktur
ekonomi Sabah yang dihasratkan.
PESERTA
SEMINAR...Sebahagian peserta seminar daripada pelbagai agensi kerajaan turut
memeriahkan majlis itu di UMS.
|
Sehubungan itu
Nasir menjelaskan, secara umumnya SEDCO memainkan peranan dalam membangunkan
sosio-ekonomi negeri Sabah dalam usaha merapatkan
jurang perbezaan ekonomi antara bandar dan luar bandar terutama sekali
menggalakkan penyertaan bumiputera di dalam bidang perdagangan dan industri.
Katanya,SEDCO juga
berusaha membangunkan purata empat projek ekonomi setiap tahun bagi menyediakan
premis dan ruang niaga kepada usahawan bumiputera disamping memberi latihan
kemahiran dalam perniagaan dan pembangunan keusahawanan serta memainkan peranan
penting dalam mempromosi imej perniagaan negeri Sabah sebagai pusat perniagaan
yang kondusif dan menarik.
EKONOMI SEMASA...Sebahagian peserta yang terdiri daripada agensi kerajaan dan pelajar-pelajar UMS sempena 1st Seminar on Cotemporary Economics di Bangunan Naib Cancelor UMS |