Oleh:ARSHAD HUSSIN
TAHNIAH...Nasir(tengah)
diringi Juliana(dua kanan)
dan Abdullah Sukka(kiri) menyampaikan sijil
kepada salah seorang
murid sempena Mini
Konvokesyen Tabika/Taska KEMAS Parlimen Semporna.
|
SEMPORNA: Aspek pembangunan
sahsiah diri dan kecerdasan kerohanian(SQ) bersama bidang IQ dan EQ perlu
diberikan penekanan utama bagi melahirkan insan cemerlang yang seimbang dapat memenuhi tuntutan dunia dan akhirat.
Rasionalnya pakej tiga dalam satu
ini bertujuan menjadikan pelajar sebagai insan yang cemerlang dan mampu
mendepani daya saing dalam dunia pancaroba yang semakin mencabar jati diri.
Pemangku Ketua UMNO Bahagian
Semporna,Dato Sri Nasir Tun Sakaran,menegaskan,aspek kemahiran insaniah “soft
skill” tidak boleh dikesampingkan dimana penghayatan nilai-nilai patriotisma
yang disemai melalui pembelajaran mata pelajaran sejarah,keterampilan
komunikasi,kreativiti,inovasi,kepimpinan,pengurusan organisasi juga perlu
dikuasai pelajar dalam aktiviti kokurikulum sekolah.
“ penguasaan ilmu-ilmu moden
seperti sains dan teknologi dalam kalangan rakyat mampu meningkat daya saing
Negara di peringkat global,” kata Nasir.
Katanya,kerajaan sentiasa
menginginkan rakyatnya memiliki minda kelas pertama seiringi dengan pembangunan
infrastruktur kelas pertama yang sudahpun dibangunkan kerajaan.
DENGAN RASMINYA...Nasir (tengah) memalu gong sempena merasmikan Mini Konvokesyen Tabika/Taska KEMAS Parlimen Semporna. |
Justru itu,tenaga kerja yang
mahir dan kompeten merupakan aset penting bagi melestari dan menjayakan misi
nasional ini untuk melahirkan pelajar-pelajar cemerlang
dalam pelbagai disiplin ilmu.
Nasir berkata demikian sempena
merasmikan Mini Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika/Taska KEMAS Parlimen Semporna
2016 di sini.
Hadirsama sempena majlis itu Pegawai
Kemas Daerah,Puan Juliana Mohd.Udin;Wakil Pegawai Daerah,Haji Abdullah Sukka;
Ketua Daerah,OKK Haji Musa Sabaani;SUB Mohd.Syam Muksan;Pemangku Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO Semporna,Ahmad Marzuki Dato Sri Nasir;Penyelia
Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS,Puan Hjh Amsijah Hj.Julpin; Penyeli Bina
Insan merangkap Penyelia Kanan Perhubungan KEMAS daerah,Ustaz Mohammad Bahar
serta kakitangan kemas Daerah.
TAHNIAH...Nasir(tengah) diringi Juliana(dua kanan) dan Abdullah Sukka(kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang murid sempena Mini Konvokesyen Tabika/Taska KEMAS Parlimen Semporna. |
Nasir berkata,menyedari betapa
pentingnya penguasaan ilmu di peringkat sekolah,maka kanak-kanak ini adalah
antara golongan yang sangat diharapkan untuk masa hadapan bagi mencapai
kecemerlangan dalam bidang pembelajaran.
MENUNGGU SIJIL....Gelagat tiga orang murid Tabika Kemas sempena Mini Konvokesyen Tabika/Taska Kemas Parlimen Semporna di Dewan Masyarakat Semporna. |
Sehubungan itu,Nasir menyarankan
Kemas akan terus memastikan peranannya terus kekal dan relevan sebagai agensi
kerajaan yang menjadi nadi pembangunan masyarakat luar bandar.
Beliau yang juga Wakil Rakyat Senallang,berkata, sesungguhnya sumbangan dan komitmen KEMAS telah memungkinkan masyarakat di luar bandar merasakan nikmat pembangunan Negara yang dirancang.
Katanya,apa yang telah dilakukan
oleh Jabatan KEMAS pada masa kini menepati matlamat memajukan bangsa,agama dan
Negara.
MINI KONVO...Sebahagian murid-murid Tabika/Taska menunggu giliran menerima sijil sempena Majlis Mini Konvo Tabika/Taska KEMAS Parlimen Semporna di Dewan Masyarakat Semporna. |
Sempena majlis itu,Dato Sri Nasir
yang juga Pengerusi SEDCO,menyampaikan
sijil Tabika/Taska KEMAS 2016 bagi
sessi pagi kepada 665 murid Tabika
Parlimen Semporna sementara bagi sessi petang 261 orang murid disampaikan Puan
Juliana Mohd.Udin.