PLAQ PERASMIAN...Nasir (dua kiri) diringi Mohd Ali Hanafiah (tiga kanan) menandatangan plaq perasmian Pusat Komputer 1Msia Kg.Mantaritip,Semporna. |
Oleh:ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA: Kira-kira 1,675 orang
penduduk Kampung Mantaritip kini mampu menikmati Internet Jalur lebar serta mengikuti
latihan-latihan berasaskan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT).
Pusat Internet 1Malaysia itu
merupakan projek kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM)
melalui agensinya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan
dilaksana oleh Celcom Axia (M) Bhd bersama rakan kongsi teknologinya,NuSura Technologies.
ALBUM KENANGAN...Nasir (empat kanan); Mohd.Ali Hanafiah (empat kiri) mengabadikan gambar kenangan bersama pemimpin dan petugas Pusat Internet 1Msia Kg. Mantaritip,Semporna.
|
Sejak ditubuhkan awal September
2015,Pusat Internet ini menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk capaian
internet berkelajuan tinggi sehingga 4Mega Bit Per Seconds (4MBs); latihan
percuma kepada ahli Pusat Internet serta program pembangunan bersama komuniti.
Selai itu,SKMM juga turut
meluluskan semua pelajar berusia 20 tahun,warga emas berusia 60 tahun ke atas
dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dikecualikan daripada bayaran menggunakan
kemudahan melayari internet di pusat itu.
DAH RASMI...Nasir (dua kanan) dan Mohd.Ali Hanafiah selepas memotong pita perasmian. |
Pengerusi Perbadanan
Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO),Dato Sri Hj.Nasir Tun Sakaran, berkata dengan beroperasinya
pusat internet itu sepenuhnya,menandakan kerajaan Barisan Nasional tidak
meminggirkan penduduk luar bandar dari arus kemodenan IT selaras dengan hasrat
kerajaan dalam merapatkan lagi jurang digital serta melahirkan rakyat
bermaklumat dan celik teknologi.
Nasir yang juga
Wakil Rakyat Senallang,menjelaskan setakat ini sebanyak 674 buah Pusat Internet
beroperasi seluruh Negara dimana 88 buah daripadanya telah siap dan beroperasi
sepenuhnya di Sabah termasuk dua buah Pusat Internet di Kampung Bugaya dan
Kampung Mantaritip.
PUSAT INTERNET...Nasir (kiri) bersama Mohd.Ali (kanan) mencuba melayari internet di Pusat Internet 1Msia Mantaritip. |
Nasir berkata
demikian sempena merasmikan Pusat Internet 1Malaysia Kampung Menteratif dekat
sini.
Hadirsama
sempena majlis itu Ketua Pegawai Komunikasi Dan Ekosistem Digital,Dato Mohd.Ali
Hanafiah Mohd Yunus; Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia
Malaysia,Wilayah Sabah & Labuan, Mazlan Othman; Penolong Pegawai
Pembangunan Daerah,ADDO Hj.Abdullah Sukka;Setiausaha UMNO Bahagian,Mohd.Syam
Muksan; Pegawai Khas Pengerusi SEDCO,Hj.Tahir Amir serta pemimpin-pemimpin peringkat
kampong dan daerah.
ALBUM
KENANGAN...Nasir (empat kanan); Mohd.Ali Hanafiah (empat kiri) mengabadikan
gambar kenangan bersama pemimpin dan petugas Pusat Internet 1Msia Kg.
Mantaritip,Semporna.
|
Sehubungan
itu,Nasir menyarankan masyarakat setempat membantu daerah itu mengembalikan
keharmonian masyarakat serta penjanaan ekonomi.
Ujarnya,usahawan
dalam talian serta perusahaan kecil dan sederhana berperanan relevan dalam
memastikan pertumbuhan ekonomi secara mapan dan eksklusif,kerana mereka
merupakan penyumbang dalam pembangunan ICT yang berpotensi memberikan impak
berpanjangan kepada ekonomi digital,serantau,Negara serta mampu menyediakan
peluang-peluang pekerjaan baharu.
Nasir yang juga
Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna,mengingatkan penduduk-penduduk kampong Menteritip memanfaatkan Pusat Interner
ituke arah kemajuan diri,keluarga dan bangsa.
“ Gunakanlah
kemudahan ini secara positif dan bukan
untuk menjatuhkan kerajaan dan meranapkan Negara,” katanya.
Nasir
menegaskan, inisiatif yang dilaksana SKMM bukan sekedar pelengkap kepada
pembangunan suatu masyarakat yang serba terhubung,malah ianya perlu dilihat
sebagai satu peluang untuk mengubah cara hidup komuniti di daerah itu terus
maju dan membangun.
“ Penglibatan
semua pihak,kerajaan,PBT,para peniaga,pelajar dan komuniti setempat perlu
diselaraskan dan digembleng untuk menjadi pemacu kea rah pembangunan lebih
mapan,” kata Nasir.
PITA RASMI...Nasir (tengah) diringi Mohd.Ali Hanafiah
(dua kanan) memotong pita sempena majlis perasmian Pusat Komputer 1Msia
Kg.Mantaritip,Semporna.
|