Rabu, 23 November 2016

Pembangunan sahsiah diri perlu diberi keutamaan -Nasir Tun Sakaran:



Oleh:ARSHAD HUSSIN

TAHNIAH...Nasir(tengah) diringi Juliana(dua kanan)
 dan Abdullah Sukka(kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang
murid sempena Mini Konvokesyen Tabika/Taska KEMAS Parlimen Semporna.
SEMPORNA: Aspek pembangunan sahsiah diri dan kecerdasan kerohanian(SQ) bersama bidang IQ dan EQ perlu diberikan penekanan utama bagi melahirkan insan cemerlang yang seimbang  dapat memenuhi tuntutan dunia dan akhirat.
Rasionalnya pakej tiga dalam satu ini bertujuan menjadikan pelajar sebagai insan yang cemerlang dan mampu mendepani daya saing dalam dunia pancaroba yang semakin mencabar jati diri.
Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna,Dato Sri Nasir Tun Sakaran,menegaskan,aspek kemahiran insaniah “soft skill” tidak boleh dikesampingkan dimana penghayatan nilai-nilai patriotisma yang disemai melalui pembelajaran mata pelajaran sejarah,keterampilan komunikasi,kreativiti,inovasi,kepimpinan,pengurusan organisasi juga perlu dikuasai pelajar dalam aktiviti kokurikulum sekolah.
“ penguasaan ilmu-ilmu moden seperti sains dan teknologi dalam kalangan rakyat mampu meningkat daya saing Negara di peringkat global,” kata Nasir.

Katanya,kerajaan sentiasa menginginkan rakyatnya memiliki minda kelas pertama seiringi dengan pembangunan infrastruktur kelas pertama yang sudahpun dibangunkan kerajaan.

DENGAN RASMINYA...Nasir (tengah) memalu gong sempena merasmikan Mini Konvokesyen Tabika/Taska KEMAS Parlimen Semporna.
Justru itu,tenaga kerja yang mahir dan kompeten merupakan aset penting bagi melestari dan menjayakan misi nasional ini untuk melahirkan pelajar-pelajar  cemerlang  dalam pelbagai disiplin ilmu.
Nasir berkata demikian sempena merasmikan Mini Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika/Taska KEMAS Parlimen Semporna 2016  di sini.
 KONVO TABIKA...Nasir (kiri) diringi Juliana (belakang kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar lelaki Tabika KEMAS Senallang sempena majlis Mini Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika/Taska Kemas Parlimen Semporna.

Hadirsama sempena majlis itu Pegawai Kemas Daerah,Puan Juliana Mohd.Udin;Wakil Pegawai Daerah,Haji Abdullah Sukka; Ketua Daerah,OKK Haji Musa Sabaani;SUB Mohd.Syam Muksan;Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Semporna,Ahmad Marzuki Dato Sri Nasir;Penyelia Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS,Puan Hjh Amsijah Hj.Julpin; Penyeli Bina Insan merangkap Penyelia Kanan Perhubungan KEMAS daerah,Ustaz Mohammad Bahar serta kakitangan kemas Daerah.
TAHNIAH...Nasir(tengah) diringi Juliana(dua kanan) dan Abdullah Sukka(kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang murid sempena Mini Konvokesyen Tabika/Taska KEMAS Parlimen Semporna.

Nasir berkata,menyedari betapa pentingnya penguasaan ilmu di peringkat sekolah,maka kanak-kanak ini adalah antara golongan yang sangat diharapkan untuk masa hadapan bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang pembelajaran.
MENUNGGU SIJIL....Gelagat tiga orang murid Tabika Kemas sempena Mini Konvokesyen Tabika/Taska Kemas Parlimen Semporna di Dewan Masyarakat Semporna.

Sehubungan itu,Nasir menyarankan Kemas akan terus memastikan peranannya terus kekal dan relevan sebagai agensi kerajaan yang menjadi nadi pembangunan masyarakat luar bandar.
PERBARIRSAN MASUK...Nasir(tengah belakang);Juliana( belakang kiri) dan Mohd Salleh (belakang kanan) diringi masuk oleh sebahagian murid-murid KEMAS sempena Mini Komvokesyen Tabika/Taska Kemas Parlimen Semporna.

Beliau yang juga Wakil Rakyat Senallang,berkata, sesungguhnya sumbangan dan komitmen KEMAS telah memungkinkan masyarakat di luar bandar merasakan nikmat pembangunan Negara yang dirancang.
Katanya,apa yang telah dilakukan oleh Jabatan KEMAS pada masa kini menepati matlamat memajukan bangsa,agama dan Negara.
MINI KONVO...Sebahagian murid-murid Tabika/Taska menunggu giliran menerima sijil sempena Majlis Mini Konvo Tabika/Taska KEMAS Parlimen Semporna di Dewan Masyarakat Semporna.

Sempena majlis itu,Dato Sri Nasir  yang juga Pengerusi SEDCO,menyampaikan sijil Tabika/Taska KEMAS  2016 bagi sessi  pagi kepada 665 murid Tabika Parlimen Semporna sementara bagi sessi petang 261 orang murid disampaikan Puan Juliana Mohd.Udin. 

        KENANGAN MINI KONVO...Nasir(berdiri tengah belakang) mengabadikan gambar kenangan bersama guru-guru dan kakitangan KEMAS Daerah Semporna sempena majlis Mini Konvokesyen itu di Dewan Masyarakat Semporna.

Selasa, 22 November 2016

Jangan bimbang kerajaan sentiasa prihatin-Nasir Tun Sakaran:



BANTUAN MANGSA...Nasir (tiga kanan) dibantu Basalie(kiri);Harman (tiga kiri) dan Razwa dua kiri) menyampaikan bantuan kepada salah seorang mangsa kebakaran Kg.Berjasa Balimbang di pulau Bum Bum,Semporna.

 Oleh:ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA: Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna,Dato Sri Nasir Tun Sakaran, meminta  semua mangsa kebakaran Kampung Berjasa Balimbang  tidak merasa bimbang  dan sentiasa bersabar dengan musibah yang mereka hadapi.
Katanya,kerajaan Barisan Nasional tidak akan membiarkan rakyatnya menderita malah akan diberikan pelbagai bantuan tanpa mengira sukukaum,fahaman agama dan ideologi politik.

BERSABAR...Nasir (kanan) berbual dan memberikan nasihat serta semangat kepada sebahagian mangsa kebakaran Kg.Berjasa yang ditempatkan sementara di Dewan Serbaguna Balimbang Pulau Bum-Bum,Semporna.

Nasir  yang juga Pengerusi SEDCO berkata demikian sempena majlis penyampaian bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Berjasa Balimbang di pulau Bum-Bum dekt sini.
Turut serta dalam majlis majlis itu,Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Sulabayan,Datuk Harman Mohammad; PPM Senallang,Mohd.Salleh Lakani; SUB Mohd Sham Muksan; Pemangku Ketua  Pemuda,Ahmad Marzuki Nasir ; Pegawai Jabatan Kebajikan Daerah; Pegawai Pusat Zakat Sabah; AJK Bahagian UMNO serta rombongan Pergerakan Wanita;Pemuda dan Puteri UMNO Parlimen Semporna.

TINJAUAN...Nasir(tengah) bersama rombongan meninjau tapak kebakaran Kampung Berjasa Balimbang,Semporna.

Nasir berkata,rakyat hendaklah sentiasa berterima kasih kepada kerajaan BN yang terus prihatin membela nasib rakyat.
Beliau yang Wakil Rakyat Senallang,berkata menasihatkan masyarakat pulau itu sentiasa menjaga kebersihan kawasan rumah mereka dan berhati-hati menggunakan peralatan dapur memasak khsusunya menggunakan letrik serta tidak membuat penyambungan letrik secara haram.

Sempena majlis itu Nasir menyampaikan bantuan berupa makanan,peralatan dapur memasak serta tilam dan bantuan kewangan daripada Pusat Zakat Sabah.

Kebakaran itu  memusnahkan 64 buah rumah dan melibatkan 768 mangsa serta kesemua mangsa kini ditempatkan sementara di Dewan Serbaguna Kg.Berjasa.
 
TAKLIMAT...Nasir (dua kiri) berbual bersama anggota keselamatan sempena majlis itu di Dewan Serbaguna Kg.Berjasa Balimbang,Semporna.
HARAPAN BANGSA....Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Semporna,Ahmad Marzuki Dato Sri Nasir (dua kiri) bersama sebahagian AJK Pemuda yang sentiasa bersemangat turun padang mendengar gerak nadi rakyat.

Terus berjuang dan pertahankan UMNO di Sabah-Nasir Tun Sakaran:





Oleh:ARSHAD HUSSIN

CENDERAKENANGAN...Nasir(dua kanan) diringi Harman (kanan)
 dan Ahmad Marzuki(kiri) menerima cendera kenangan 
disampaikan Mohd.Aziz Ibno (dua kiri) sempena majlis itu 
di pulau Larapan,Semporna.
SEMPORNA:  Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna,Dato Sri Nasir Tun Sakaran,mengajak rakyat terus berjuang dan mempertahankan parti UMNO dan Barisan Nasional demi untuk membela nasib rakyat yang berbilang kaum di negeri ini.
Katanya,kerajaan yang sentiasa bertukar-tukar tidak akan memberikan kebaikan kepada rakyat dan tidak akan memberikan manfaat malah akan terus memecah belahkan perpaduan rakyat yang sedia terjalin erat.

Katanya,negeri Sabah pernah mengharungi situasi pertukaran kerajaan disetiap pilihanraya beberapa dekad lalu dan ianya banyak memberikan impak negatif  malah ketinggalan dari segi pembangunan selain rakyat berbilang kaum saling mencurigai.
Beliau berkata demikian sempena Program Jelajah Rakyat  bagi DUN Sulabayan di Pulau Larapan Hujung dekat sini.
Hadirsama sempena majlis itu,Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Sulabayan,Datuk Harman Mohammad; PPM Senallang,Mohd.Salleh Lakani; SUB Mohd Sham Muksan; Pemangku Ketua  Pemuda,Ahmad Marzuki Nasir ; AJK Bahagian serta rombongan Pergerakan Wanita;Pemuda dan Puteri UMNO Parlimen Semporna.
  JELA.JAH RAKYAT...Nasir (tengah) bersama rombongan tiba di pulau Larapan sempena program Jelajah PDM itu di Semporna.

Nasir berkata,UMNO bukan sahaja menyalurkan bantuan pembangunan insfrastruktur  kepada  segenap lapisan rakyat tanpa mengira sukubangsa dan anutan agama malah memberikan pembangunan sahsiah kepada golongan muda menjadi pemimpin masa hadapan Negara.
Nasir berkata,kehadiran UMNO sejak 20tahun di Sabah telah banyak memberikan pelbagai bantuan dan pembangunan bagi memastikan rakyat negeri ini dapat menikmati kehidupan yang makmur dan harmoni.
APA KHABAR...Nasir (tengah) bersalaman dengan sebahagian pemimpin dan penduduk sempena Program Jelajah PDM itu di Pulau Larapan,Semporna.

Justeru itu,rakyat hendaklah sentiasa mengukuhkan perpaduan yang sedia ada dan tidak terpengaruh dengan propaganda pembangkang yang cuba mengelirukan fikiran rakyat sebaliknya rakyat hendaklah terus berjuang dalam UMNO demi masa hadapan generasi yang memerlukan pembelaan.
Sempena majlis itu juga Dato Sri Nasir menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin,ibu tunggal dan golongan kurang upaya.
SUMBANGAN...Nasir (kanan) menyampaikan sumbangan sempena program Jelajah PDM itu di pulau Larapan,Semporna.


SENTIASA BERKHIDMAT...Nasir (duduk dua kiri) melayan salah seorang penduduk Pulau Larapan sempena majlis itu.

BINCANG...Nasir(dua kanan) berbincang sesuatu dengan Harman (empat kanan) sempena program itu di pulau Larapan,Semporna.


SOKONGAN RAKYAT...Sebahagian penduduk pulau Larapan turut sentiasa memberikan sokongan padu memeriahkan majlis itu.

MERIAH...Sebahagian kaum ibu dan penduduk Pulau Larapan sentiasa memberikan sokongan padu memeriahkan majis Jelajah PDM itu.

Selasa, 8 November 2016

Tingkatkan Kesedaran,Utamakan kesihatan-Nasir Sakaran:

     PERIKSA KESIHATAN...Nasir (duduk tengah) 
turut memeriksa kesihatan sempena Program I Want Sihat 
di SK Terusan Baru Semporna.


Oleh:ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA:  Rakyat Negara ini perlu sentiasa  mengutama dan mementingkan kesihatan dalam kehidupan seharian  dengan mengamalkan gaya hidup sihat bagi membenteras pelbagai penyakit kronik.
Kesedaran tentang penjagaan kesihatan adalah sangat penting bagi mencegah berlakunya penyakit di kalangan individu dan masyarakat.
Ini kerana penyakit-penyakit kronik terjadi kesan daripada amalan gaya hidup serta  pengambilan makanan yang tidak sihat.
Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) sentiasa komited memberi sokongan dan kerjasama bersepadu memperkasa masyarakat terus membudayakan amalan gaya hidup sihat,seterusnya membolehkan rakyat Negara ini sentiasa mengutamakan dan mementingkan kesihatan dalam kehidupan seharian.

      MAKANAN SEIMBANG...Nasir (dua kiri) diringi Hj.Mohd Noor(kiri);OKK Musa(belakang tengah) dan Dr.Hamizah (tiga kanan) mendengar taklimat panduan permakanan seimbang disampaikan Pegawai Kesihatan Daerah Semporna sempena majlis itu.
Wakil Rakyat Senallang,Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran,berkata,kesedaran tentang penjagaan kesihatan amat penting bagi mencegah pelbagai penyakit di kalangan individu dan masyarakat.
Katanya,Penyakit-penyakit kronik terjadi adalah kesan daripada amalan cara hidup yang tidak sihat dengan mengambil makanan yang tidak seimbang serta tidak sihat termasuk merokok dan mengambil minuman alkohol.
Nasir berkata demikian sempena majlis Program I Want sihat  Peringkat Daerah Semporna anjuran Jabatan Kesihatan Daerah di SK Terusan Baru dekat sini.

         BAHAYA NARKOTIK...Nasir(kiri) diringi Dr.Hamizah(dua kiri) dan OKK Musa(tiga kiri) mendengar penerangan mengenai bahaya narkotik disampaikan slaah seorang anggota Unit Narkotik IPD Semporna sempena pameran Program I Want Sihat Jabatan Kesihatan Daerah Semporna di SK Terusan Baru.

Hadirsama sempena majlis itu Wakil Pegawai Kesihatan Daerah,Dr.Hamizah Sidin;Guru Besar,Puan Norsiah Hj.Hinayat;Wakil Pegawai Pendidikan Daerah,Sufian Bidin; PPM Mohd.Salleh Lakani; Ketua Daerah,OKK Hj.Musa Sabaani serta pemimpin-pemimpin politik dan pemimpin tempatan.
Nasir berkata,kempen Program I Want Sihat merupakan aspirasi rakyat dan merupakan satu hasrat yang disuara serta disyorkan sendiri oleh rakyat.

         DENGAN RASMINYA...Nasir (memalu gong) sempena merasmikan Program I Want Sihat Peringkat Daerah Semporna 2016 di SK Terusan Baru,Semporna.

Nasir yang juga Pengerusi SEDCO,menjelaskan, KKM khususnya Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telahpun melaksana Kempen Cara Hidup sihat(KCHS) bertemakan “Sihat Sepanjang Hayat” sejak 2003 hingga kini dan kempen ini berterusan melalui promosi kesihatan bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dengan lima(5) komponen tingkah laku yang menjadi fokus utama.
Antaranya tidak merokok;makan secara sihat;melakukan aktiviti fizikal;menangani stress dengan bijak serta menjauhi alkohol.
     KENANGAN SIHAT...Nasir (duduk depan tengah) mengabadikan gambar kenangan bersama sebahagian AJK Pelaksana Program I Want Sihat,Pejabat Kesihatan Daerah Semporna 2016 di SK Terusan Baru.

Sempena program itu juga,pelbagai aktiviti dilaksana termasuklah aktiviti berjalan kaki 10,000 langkah;Senam Robik bersama GSIM;Saringan Kesihatan;Pameran Kesihatan;Pemeriksaan Gigi/Derma Darah dan Sukan Rakyat.

      SUKAN KESIHATAN...Ahmad Marzuki (tengah) bersama sebahagian AJK Pemuda UMNO Semporna turut mengambil bahagian menyertai sukan tarik tali sempena Program I Want Sihat di SK Terusan Baru,Semporna.

 
    PENGHARGAAN...Nasir(tengah) diringi Dr.Hamizah (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Guru Besar SK Terusan Baru sempena majlis itu.

        MERIAH...Nasir (tiga kiri); PPM Mohd Salleh(dua kiri);OKK Musa (dua kiri);Dr.Hamizah(lima kanan); Ahmad Marzuki (tiga kanan) bersama sebahagian penduduk sempena perasmian Program I Want Sihat Peringkat Daerah Semporna.









Khamis, 3 November 2016

Manfaat bantuan KWAMP untuk pelajaran anak-anak-Nasir Sakaran:




  BANTUAN KWAPM...Nasir (dua kiri) diringi Abdullah Sukka (kiri)
 dan Baknan (dua kanan) menyampaikan bantuan KWAPM
Tahun 1 kepada salah seorang ibubapa
sempena majlis itu di SK Tampi-Tampi,Semporna
 Oleh: ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA: Golongan ibubapa disaran memanfaatkan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) bagi tujuan pembelajaran dan bukannya untuk tujuan lain.
Wakil Rakyat Senallang,Dato Sri Nasir Tun Sakaran, menjelaskan, Tabung  KWAPM  itu adalah untuk membantu golongan ibu bapa pelajar yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah serta terdiri dari Ketua Isi Rumah (KIR) yang  berdaftar dengan eKASIH  dan disahkan status kemiskinannya sebagai Miskin atau Miskin Tegar.
Katanya, adalah menjadi hasrat kerajaan melalui KPM untuk mengurangkan jurang antara golongan miskin dan yang berkemampuan dalam mendapatkan peluang serta akses kepada pendidikan yang samarata untuk melahirkan pelajar yang cemerlang.

      BANTUAN PERSEKOLAHAN.....Nasir (dua kiri) diringi Abdullah Sukka (kiri) dan Baknan (dua kanan) menyampaikan bantuan KWAPM Tahun 1 kepada salah seorang ibu sempena majlis itu di SK Tampi-Tampi,Semporna.

Nasir berkata demikian sempena merasmikan program majlis Permuafakatan PIBG & Penyampaian Bantuan KWAPM  SK Tampi-Tampi dekat sini.
Hadirsama sempena majlis itu Guru Besar,Baknan Ali Lampung; Pengerusi PIBG,Haji Abdullah Sukka serta wakil Pegawai Pendidikan Daerah.
Nasir berkata, golongan ibubapa tidak  seharusnya menyandarkan sepenuhnya pendidikan anak mereka kepada pihak guru di sekolah, sebaliknya hendaklah memainkan peranan memberikan pendidikan dan pemantauan pelajaran anak-anak mereka semasa di rumah.

SUMBANGAN PERIBADI...Nasir (dua kiri) diringi Abdullah Sukka (kiri) menyampaikan sumbangan penghawa dingin kepada Guru Besar,Baknan Alilampong(dua kanan) sempena majlis itu di SK Tampi-Tampi,Semporna.

Katanya, setiap ibubapa  seharusnya lebih peka sambil mengambil tahu aktiviti anak-anak  semasa di rumah dan tidak membiarkan mereka membuang masa dengan kegiatan tidak berfaedah.
Nasir menambah,perhatian serius ibubapa terhadap pelajaran anak-anak tentu akan lebih memeriahkan lagi kejayaan anak-anak dalam bidang pelajaran yang diringi dengan kerjasama erat antara guru dan ibubapa yang ditekankan demi mencapai tahap kejayaan yang mampu mengangkat mutu pendidilan berkualiti.


      SOKONGAN MORAL...Sebahagian golongan ibubapa yang turut mmeriahkan majlis Permuafakatan PIBG SK Tampi-Tampi,Semporna.

Nasir yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) menegaskan, peranan PIBG serta guru-guru juga sangat penting bagi meningkatkan lagi pencapaian pelajaran murid disamping kekerapan mengadakan usaha bersama semata-mata demi kejayaan cemerlang semua pelajar.
Sempena majlis itu juga,Nasir menyampaikan bantuan peribadi berupa dua unit penghawa dingin untuk kegunaan sekolah itu.


    APA KHABAR...Nasir (tengah) diringi Baknan (kanan) bersalaman dengan sebahagian ibubapa sempena majlis itu di SK Tampi-Tampi,Semporna.