Isnin, 26 Februari 2018

Yang patah


Pabila sudah berada di puncak
Lupa sudah bumi dipijak
Bicara pun tinggi melangit
Akhirnya tersungkur di tepi parit.

Lupa sudah bumi dipijak
Diri semakin merasa gah
Akhirnya terpesong haluan terlajak
Hendak berpatah serba salah.

Hendak berpatah serba salah
Terpaksa melangkah penuh gelisah
Dengan angkuh mendabik dada
Konon membela nusa dan bangsa.

Terpaksa melangkah penuh gelisah
Mencari arah tempat berteduh
Membina kembali cita yang musnah
Sanggup bergayut di dahan rapuh.

R.Syad
Papar,Sabah.
26 Februari 2018



Tiada ulasan:

Catat Ulasan