Khamis, 1 Februari 2018

Kukuh perpaduan pemangkin kekuatan parti- Nasir Sakaran




Oleh:Arshad Hussin

SEMPORNA: Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, mengingatkan Ketua-Ketua Cawangan UMNO Parlimen Semporna sentiasa bekerjasama mengukuhkan perpaduan sebagai pemangkin kearah kekuatan parti menghadapi pembangkang dalam PRU-14.

Katanya, cabaran dalam pilihanraya kali ini tidak seharusnya dipandang enteng kerana UMNO Semporna berhadapan dengan lawan yang dulunya sebagai rakan seperjuangan dalam parti.

Namun demikian, Nasir yakin dengan perpaduan dan semangat kerjasama semua ahli parti mampu mempertahankan kemenangan UMNO di kawasan itu.

Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Senallang, berkata demikian sempena perjumpaan dengan Ketua-Ketua Cawangan P.189 Semporna di kediaman Kampung Air dekat sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan