Khamis, 22 Februari 2018
Jangan lupa kawan setia
Dalam politik, kita jangan lupa orang yang betul-betul setia dengan kita, termasuk sahabat-sahabat lama dan hargai mereka, kerana susah senang jatuh bangun kita dalam perjuangan, orang-orang yang setia sentiasa bersama dengan kita.
Ikhlaslah membela nasib rakyat kerana keluhan rakyat adalah doa dan harapan yang mampu membersihkan liku-liku perjalanan perjuangan kita.
Salah satu kejatuhan kita apabila kita lupa kepada orang- orang yang mengangkat kita ke mercu gemilang.
Jangan sampai kita berjalan ke sana kemari seorang diri selepas kejatuhan kita, sebab kita bukan lagi siapa-siapa dan siapa- siapa tidak lagi mengenal kita.
Banyak sudah contoh jangan kamurang tidak percaya-Dari kacamata Pemancing Ikan.....SALAM JUMAAT.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan