Ahad, 4 Februari 2018

Pemuda UMNO anjur pertandingan Mobile Legends




Oleh:ARSHAD HUSSIN


MENYANTUNI ANAK MUDA... Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Dato Sri Hj. Nasir Tun Sakaran, sempat menghadiri Program " Mobile Lagends" anjuran Kelab Belia Perdana & Pergerakan Pemuda Umno Semporna di Dewan Seni Inabah Kamal dekat sini.



Hadirsama AJK Umno, Abd. Manan Hj.Indanan; Jakaria Iral; Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda Umno Semporna, Ahmad Marzuki DS Nasir.

Ahmad Marzuki berkata, program itu merupakan salah satu strategi dan usaha mendekati golongan muda yang belum berdaftar sebagai pemilih selain mengemas kini data-data pengundi.

“Pemuda UMNO Semporna akan terus menjalankan pelbagai cara untuk menarik golongan muda dan kebanyakan golongan muda lebih mengutamakan keperluan hidup semasa seperti mementingkan kerjaya dan mencari keselesaan hidup. Mereka kurang menitikberatkan soal politik" katanya.

Pertandingan Mobile Legends itu disertai 32 pasukan dari Daerah Semporna, Tawau, Kunak dan Lahad Datu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan