Jumaat, 10 Ogos 2018

Kami Tak Cari Kerja, Kami Buat Kerja!




Zaman sekarang memang susah mencari kerja,bilang tu kawan. Kenapa kerja dicari, hilang ke mana tu kerja? Buat kerja jangan cari kerja!

Kami buat kerja kecil-kecilan sambil-sambilan sambil melayan hobi memburu ikan. Aktiviti memancing. Hobi hanyir yang penuh cabaran memerlukan kesabaran. Namun, hobi kami hobi yang mahal, bilang Supari Abd.Hafid


Dari aktiviti pancingan Membottom; Casting dan Trolling di sungai dan pinggir laut tidak kami abaikan,semua kami layan semata-mata memenuhi hobi yang dianggap 'low profile" oleh sesetengah orang. Semuanya memerlukan kesabaran dan ketabahan kerana ikan yang berjaya diburu bukannya percuma malah mampu mencapai harga ratusan RM selain kepuasan.


Bagi memenuhi keperluan rakan-rakan, ' kami tidak mencari kerja tetapi kami buat kerja' dengan menyediakan 'Perkhidmatan Pèrahu Pancing Kecil-Kecilan" untuk menduga dan meneroka hutan paya bakau.

Di sungai hutan paya bakau ada Mangrove Jack, Baramundi@Selunsung; Barracuda Yellow pin; Kerapu & Sarjan Stripe Putih@Belukang.

Tempahan perahu terhad.
Pak Jomo-Hp No.0135957687/01129827733



Jumaat, 20 Julai 2018

Jom Casting / Trolling










Khidmat bot pancing Bendusan Mangrove River:-

1. Perahu panjang 17 kaki + injin Tohatsu 18hp + minyak
-Muatan 3 orang
-Masa: 7.30pagi-5.30 petang
-Lokasi sepanjang sungai Bendusan,Pengalat Kecil & Pengalat Besar + Muara Bendusan/Pengalat.
-Sewa RM100.00

2. Perahu panjang 12 kaki + injin Yamaha 5hp/3hp + minyak
-Muatan 2 orang
- Masa: 7.30pagi- 5.30 petang
-Lokasi sepanjang sungai Bendusan, Pengalat Kecil & Pengalat Besar + Muara Bendusan/Pengalat.
-Sewa RM60.00
TEMPAHAN:- Pak Jomo HP No.0135957687


Isnin, 26 Februari 2018

Yang patah


Pabila sudah berada di puncak
Lupa sudah bumi dipijak
Bicara pun tinggi melangit
Akhirnya tersungkur di tepi parit.

Lupa sudah bumi dipijak
Diri semakin merasa gah
Akhirnya terpesong haluan terlajak
Hendak berpatah serba salah.

Hendak berpatah serba salah
Terpaksa melangkah penuh gelisah
Dengan angkuh mendabik dada
Konon membela nusa dan bangsa.

Terpaksa melangkah penuh gelisah
Mencari arah tempat berteduh
Membina kembali cita yang musnah
Sanggup bergayut di dahan rapuh.

R.Syad
Papar,Sabah.
26 Februari 2018



Sabtu, 24 Februari 2018

Program 1 jam bersama Pemuda UMNO pengisian minyak kereta & motosikal PERCUMA





Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna,Dato Sri Hj.Nasir Tun Sakaran akan merasmikan Program Pengisian Minyak Percuma anjuran Pemuda UMNO Semporna di Stesen minyak Shell, Semporna.

Hadirsama Ketua Wanita USIA Semporna, Datin Sri Rukiah Badar; Setiausaha UMNO Bahagian, Hj.Mohd Syam Mohd Muksan; AJK UMNO Bahagian, Abd. Manan Hj.Indanan, Penghulu Hj. Zainal Jalaludin; Hj. Adam Tahing; Cikgu Said Abd Jalil; Pemangku Ketua Pergerakan UMNO Bahagian, Ahmad Marzuki DS Nasir; SUK Yussof Wahab dan ahli-ahli UMNO serta ahli-ahli Belia Perdana.

Nasir rasmi mesyuarat PIBG SMK Datuk Panglima Abdullah





Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna yang juga Wakil Rakyat DUN Senallang dan Pengerusi SEDCO,Dato Sri Hj.Nasir Tun (Dr.) Hj.Sakaran, telah merasmikan mesyuarat PIBg SMK Datuk Panglima Abdullah,Semporna.                                 Hadirsama Pengetua SMK DP Abdullah, Aziz; YDP PIBg Abd.Manan Indanan; Setiausaha Bahagian UMNO Semporna, Hj. Mohd Syam Hj. Mohd Muksan; Ketua Daerah Semporna, OKK Hj.Musa Sabaani; AJK UMNO, Datuk Basalie Abd. Hamid.





Khamis, 22 Februari 2018

Jangan lupa kawan setia






Dalam politik, kita jangan lupa orang yang betul-betul setia dengan kita, termasuk sahabat-sahabat lama dan hargai mereka, kerana susah senang jatuh bangun kita dalam perjuangan, orang-orang yang setia sentiasa bersama dengan kita.

Ikhlaslah membela nasib rakyat kerana keluhan rakyat adalah doa dan harapan yang mampu membersihkan liku-liku perjalanan perjuangan kita.

Salah satu kejatuhan kita apabila kita lupa kepada orang- orang yang mengangkat kita ke mercu gemilang.

Jangan sampai kita berjalan ke sana kemari seorang diri selepas kejatuhan kita, sebab kita bukan lagi siapa-siapa dan siapa- siapa tidak lagi mengenal kita.

Banyak sudah contoh jangan kamurang tidak percaya-Dari kacamata Pemancing Ikan.....SALAM JUMAAT.

Ahad, 4 Februari 2018

Nasir ketuai lawatan ke PDM Mantaritip







Oleh: ARSHAD HUSSIN.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna,Dato Sri Nasir Tun Sakaran telah melakukan lawatan ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mantaritip, Semporna dekat sini.



Nasir yabg juga ADUN KAawasan Senallang diringi Setiausaha Umno Bahagian, Haji Mohd Syam Mohd Muksan; AJK Bahagian,Datuk Basali Abd. Hamid; Jakaria Iral; Puan Hjh. Umai Salamah; Pemangku Ketua Pergerakan Wanita, Hjh Latifah Hj. Hindi; Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda, Ahmad Marzuki DS Nasir; AJK Wanita; Pemuda; Puteri serta kakitangan Adun dan ahli-ahli UMNO.

Sempena lawatan itu, Nasir dan rombongan diberikan taklimat oleh Ketua PDM Mantaritip, Nixon Hj. Habi mengenai persiapan PRU-14 serta perkembangan terkini pengundi dan penyampaian siaraya sumbangan Pemangku Pergerakan Pemuda Umno Semporna kepada ketua PDM.

Ahmad Marzuki, menjelaskan sebanyak 40 buah siaraya itu disumangkan kepada 32 PDM, Pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri dan Unit PPM.




Pemuda UMNO anjur pertandingan Mobile Legends




Oleh:ARSHAD HUSSIN


MENYANTUNI ANAK MUDA... Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Dato Sri Hj. Nasir Tun Sakaran, sempat menghadiri Program " Mobile Lagends" anjuran Kelab Belia Perdana & Pergerakan Pemuda Umno Semporna di Dewan Seni Inabah Kamal dekat sini.



Hadirsama AJK Umno, Abd. Manan Hj.Indanan; Jakaria Iral; Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda Umno Semporna, Ahmad Marzuki DS Nasir.

Ahmad Marzuki berkata, program itu merupakan salah satu strategi dan usaha mendekati golongan muda yang belum berdaftar sebagai pemilih selain mengemas kini data-data pengundi.

“Pemuda UMNO Semporna akan terus menjalankan pelbagai cara untuk menarik golongan muda dan kebanyakan golongan muda lebih mengutamakan keperluan hidup semasa seperti mementingkan kerjaya dan mencari keselesaan hidup. Mereka kurang menitikberatkan soal politik" katanya.

Pertandingan Mobile Legends itu disertai 32 pasukan dari Daerah Semporna, Tawau, Kunak dan Lahad Datu.


Jumaat, 2 Februari 2018

Nasir rasmi program Karnival 1Msia Jualan Sentuhan Rakyat





Oleh:ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA: Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna,Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, pagi tadi merasmikan
Program Karnival 1Msia, Jualan Sentuhan Rakyat di Tapak Regatta,Semporna dekat sini.



Hadirsama isteri Dato Sri Nasir, Datin Sri Hajah Rukiah Hj.Badar; Pembantu Menteri Kewangan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bugaya, Datuk Hj. Ramlee Hj.Marahaban; Pegawai Daerah Semporna, Dr. Hj.Chacho Bulah; Setiausaha Umno Bahagian, Hj. Mohd.Syam Muksan; AJK Umno Bahagian, PPM Datuk Hj. Harman Mohammad; Datuk Basali Abd.Hamid; Dato Hj.Hajan Gurimbang; Abd. Manan Indanan; Nixon Hj. Habi; PPM Abd Suhud Jaani; PPM Mohd. Salleh Lakani; Jakaria Iral; Pemangku Ketua Pemuda Umno Semporna, Ahmad Marzuki Nasir; Ketua Daerah Semporna, OKK Hj.Musa Sabaani serta kakitangan kerajaab negeri dan persekutuan.

Sempena program itu pelbagai jenis barangan makanan dan barangan dapur serta pakaian dijual dengan harga murah dan berpatutan.



Khamis, 1 Februari 2018

Kukuh perpaduan pemangkin kekuatan parti- Nasir Sakaran




Oleh:Arshad Hussin

SEMPORNA: Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, mengingatkan Ketua-Ketua Cawangan UMNO Parlimen Semporna sentiasa bekerjasama mengukuhkan perpaduan sebagai pemangkin kearah kekuatan parti menghadapi pembangkang dalam PRU-14.

Katanya, cabaran dalam pilihanraya kali ini tidak seharusnya dipandang enteng kerana UMNO Semporna berhadapan dengan lawan yang dulunya sebagai rakan seperjuangan dalam parti.

Namun demikian, Nasir yakin dengan perpaduan dan semangat kerjasama semua ahli parti mampu mempertahankan kemenangan UMNO di kawasan itu.

Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Senallang, berkata demikian sempena perjumpaan dengan Ketua-Ketua Cawangan P.189 Semporna di kediaman Kampung Air dekat sini.

Sabtu, 6 Januari 2018

Use time to GE to touch peolple's heart: Nasir



Semporna Umno Division acting chief, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

SEMPORNA: The Barisan Nasional's (BN) machinery for the 14th general election (GE14) is reminded not to be 'over-confident' with its existing programmes but should use the remaining period before the GE to continue to work to touch the heart of the people.

Semporna Umno Division acting chief, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran said the time and opportunities available should be utilised by the Wanita, Puteri and Umno youth machinery to convince the people to vote for BN spear-headed by Umno.

"So far, the machinery is moving well, almost every week our machinery moves to zones or Voting District Centres including islands to approach the people.

"The machinery continues to work to ensure that no one is left out of our aid reach," he said.

Nasir, who is also Senallang State Assemblyman, said this when met by reporters at the Umno Wanita 'Jalinan Rakyat' (JR) meeting here today.

In the meantime, Nasir wants the Umno machinery led by the Wanita movement to be smart in warding off the opposition's negative attacks prevalent on social media by taking the approach of explaining the truth to the people during the going down to the field session.

"Apply a wise approach to tell the right thing and government development agenda for the people of Semporna," he said adding, the most number of voters in Semporna were women.

Meanwhile, he also believed that Umno would defend all seats in Semporna and the matter would be proven at GE14.

"The people of Semporna knows how to evaluate and will choose Umno because of its deeds to the people in the district are huge enabling them to enjoy development and government assistance," he said. — Bernama