Isnin, 27 Januari 2020

Kembara umrah ke bumi anbia Bah.Pertama



Catatan: Arshad Hussin

BAITULMUQADIS: Kembara singkat yang tak pernah diimpikan bagai sebuah mimpi yang mengasyikkan, meski ada debar di sepanjang perjalanan menatap rumah-rumah batu bertingkat di lereng perbukitan tanpa pohonan rendang namun, gelora resah yang bertaut dengan rasa syukur pada sebuah kembara ke tanah Anbia membuat hati terasa menggirang sambil mendengar peneranggan pemandu pelancongan yang petah berbicara mengenai sejarah Palastine-Israil.



Tepat jam 1.09 petang waktu Jerussalem, bas yang membawa kami dari sempadan Jerussalem tiba di Jericho, Old City of The World dan singgah minum petang di Restoran Temtation Jericho.

Bacaan cuaca Jerussalem 11° sedikit menyejukkan hati apabila mengenang kembali saat keresahan di pintu masuk Pos Kawalan Imigresen Israil. Hampir dua jam menunggu pasport tiga orang ahli kembara yang ditahan untuk clearance pihak Imigresen.


Sedang ahli rombongan yang menunggu dalam bas turut resah dan risau sambil berdoa semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Selepas dua jam barulah pasport dikembalikan setelah berinterogasi dengan pegawai tinggi imigresen Israil.

Kunjungan pertama kami petang itu, ziarah ke Masjid Ibrahim di Cave of The Patriarchs, Hebron di mana menurut penerangan pemandu pelancong kami, jasad Nabi Ibrahim A.S. dan isterinya, Sarah bersama anaknya Nabi Ishak & isteri, Rebekah dan Nabi Yaakub & isteri, Leah dimakamkan dalam gua yang dinamakan " Gua Para Leluhur" (Machpelah, Makfilah) dan di atas gua ini didirikan bangunan dinamakan Masjid Ibrahim.


Dalam masjid ini terdapat sebuah mimbar lama dan dua mihrab yang menempatkan lubang-lubang kecil untuk melihat ke dalam gua yang kedalamannya 16 meter dari lantai masjid dan mihrab yang satu lagi menempatkan pintu masuk ke dalam gua namun, ianya telah ditutup dengan simin oleh pihak Israil.

Masjid Ibrahim terbahagi kepada dua di mana makam Nabi Ishak & isteri dan makam Sarah ( isteri Nabi Ibraim A.S.) terletak di bahagian orang Islam dan makam Nabi Ibrahim A.S. dapat diekses oleh kedua-dua pihak dengan dinding pemisah sementara makam Nabi Yaakub dan isteri,Leah terletak di bahagian Yahudi dan orang Islam tidak dibenarkan masuk.

Kota ini juga dikenali oleh orang Arab dengan panggilan Al Haram Al Ibrahimi atau gua Makfilah dan Inggeris menyebutnya   Cave of the Patriarchs : for(Abraham dan Sarah),  (Isaac danRebekah)  (Jacob dan Leah).

Bandar Hebron ini merupakan tempat suci bagi kedua penduduk Yahudi selepas Baitulmaqdis di mana kota ini juga dikenali dengan panggilan Kota Tiga Nabi ( Ibrahim, Ishak dan Yaakub) dan terletak 30 km ke selatan Baitulmaqadis. #10Dis18





















































Jumaat, 10 Ogos 2018

Kami Tak Cari Kerja, Kami Buat Kerja!




Zaman sekarang memang susah mencari kerja,bilang tu kawan. Kenapa kerja dicari, hilang ke mana tu kerja? Buat kerja jangan cari kerja!

Kami buat kerja kecil-kecilan sambil-sambilan sambil melayan hobi memburu ikan. Aktiviti memancing. Hobi hanyir yang penuh cabaran memerlukan kesabaran. Namun, hobi kami hobi yang mahal, bilang Supari Abd.Hafid


Dari aktiviti pancingan Membottom; Casting dan Trolling di sungai dan pinggir laut tidak kami abaikan,semua kami layan semata-mata memenuhi hobi yang dianggap 'low profile" oleh sesetengah orang. Semuanya memerlukan kesabaran dan ketabahan kerana ikan yang berjaya diburu bukannya percuma malah mampu mencapai harga ratusan RM selain kepuasan.


Bagi memenuhi keperluan rakan-rakan, ' kami tidak mencari kerja tetapi kami buat kerja' dengan menyediakan 'Perkhidmatan Pèrahu Pancing Kecil-Kecilan" untuk menduga dan meneroka hutan paya bakau.

Di sungai hutan paya bakau ada Mangrove Jack, Baramundi@Selunsung; Barracuda Yellow pin; Kerapu & Sarjan Stripe Putih@Belukang.

Tempahan perahu terhad.
Pak Jomo-Hp No.0135957687/01129827733



Jumaat, 20 Julai 2018

Jom Casting / Trolling










Khidmat bot pancing Bendusan Mangrove River:-

1. Perahu panjang 17 kaki + injin Tohatsu 18hp + minyak
-Muatan 3 orang
-Masa: 7.30pagi-5.30 petang
-Lokasi sepanjang sungai Bendusan,Pengalat Kecil & Pengalat Besar + Muara Bendusan/Pengalat.
-Sewa RM100.00

2. Perahu panjang 12 kaki + injin Yamaha 5hp/3hp + minyak
-Muatan 2 orang
- Masa: 7.30pagi- 5.30 petang
-Lokasi sepanjang sungai Bendusan, Pengalat Kecil & Pengalat Besar + Muara Bendusan/Pengalat.
-Sewa RM60.00
TEMPAHAN:- Pak Jomo HP No.0135957687


Isnin, 26 Februari 2018

Yang patah


Pabila sudah berada di puncak
Lupa sudah bumi dipijak
Bicara pun tinggi melangit
Akhirnya tersungkur di tepi parit.

Lupa sudah bumi dipijak
Diri semakin merasa gah
Akhirnya terpesong haluan terlajak
Hendak berpatah serba salah.

Hendak berpatah serba salah
Terpaksa melangkah penuh gelisah
Dengan angkuh mendabik dada
Konon membela nusa dan bangsa.

Terpaksa melangkah penuh gelisah
Mencari arah tempat berteduh
Membina kembali cita yang musnah
Sanggup bergayut di dahan rapuh.

R.Syad
Papar,Sabah.
26 Februari 2018



Sabtu, 24 Februari 2018

Program 1 jam bersama Pemuda UMNO pengisian minyak kereta & motosikal PERCUMA





Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna,Dato Sri Hj.Nasir Tun Sakaran akan merasmikan Program Pengisian Minyak Percuma anjuran Pemuda UMNO Semporna di Stesen minyak Shell, Semporna.

Hadirsama Ketua Wanita USIA Semporna, Datin Sri Rukiah Badar; Setiausaha UMNO Bahagian, Hj.Mohd Syam Mohd Muksan; AJK UMNO Bahagian, Abd. Manan Hj.Indanan, Penghulu Hj. Zainal Jalaludin; Hj. Adam Tahing; Cikgu Said Abd Jalil; Pemangku Ketua Pergerakan UMNO Bahagian, Ahmad Marzuki DS Nasir; SUK Yussof Wahab dan ahli-ahli UMNO serta ahli-ahli Belia Perdana.

Nasir rasmi mesyuarat PIBG SMK Datuk Panglima Abdullah





Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna yang juga Wakil Rakyat DUN Senallang dan Pengerusi SEDCO,Dato Sri Hj.Nasir Tun (Dr.) Hj.Sakaran, telah merasmikan mesyuarat PIBg SMK Datuk Panglima Abdullah,Semporna.                                 Hadirsama Pengetua SMK DP Abdullah, Aziz; YDP PIBg Abd.Manan Indanan; Setiausaha Bahagian UMNO Semporna, Hj. Mohd Syam Hj. Mohd Muksan; Ketua Daerah Semporna, OKK Hj.Musa Sabaani; AJK UMNO, Datuk Basalie Abd. Hamid.





Khamis, 22 Februari 2018

Jangan lupa kawan setia






Dalam politik, kita jangan lupa orang yang betul-betul setia dengan kita, termasuk sahabat-sahabat lama dan hargai mereka, kerana susah senang jatuh bangun kita dalam perjuangan, orang-orang yang setia sentiasa bersama dengan kita.

Ikhlaslah membela nasib rakyat kerana keluhan rakyat adalah doa dan harapan yang mampu membersihkan liku-liku perjalanan perjuangan kita.

Salah satu kejatuhan kita apabila kita lupa kepada orang- orang yang mengangkat kita ke mercu gemilang.

Jangan sampai kita berjalan ke sana kemari seorang diri selepas kejatuhan kita, sebab kita bukan lagi siapa-siapa dan siapa- siapa tidak lagi mengenal kita.

Banyak sudah contoh jangan kamurang tidak percaya-Dari kacamata Pemancing Ikan.....SALAM JUMAAT.