Gambar hiasan |
Petang itu saya menerima satu panggilan telefon. Pemanggil tersebut meminta saya menguruskan jenzah ibunya.
Apabila sudah diamanahkan tanpa berlengah saya bergegas ke rumah pemanggil tersebut yang letaknya tidak jauh dari kediaman saya.Saya tiba ketika hari sudah lewat petang. Orang ramai yang terdiri daripada sanak saudara,jiran tetangga dan kenalan sudah memenuhi kediaman tersebut.
Saya melangkah masuk, bertemu dengan suami dan anak-anak Allahyarhamah. Selepas berbicang,kami mendapat kata sepakat. Jenazah akan diuruskan keesokan harinya kerana hari sudah lewat dan mendekati malam. Petang itu jenazah hanya dibersihkan dengan mengelap tubuhnya menggunakan kain sambil dibantu anak-anaknya seramai empat orang,dua lelaki dua orang perempuan. Kesemuanya sudah besar dan ada diantaranya sudah berkahwin.
Esoknya seawal pagi,saya tiba semula ke rumah tersebut. Apabila mahu memandikan jenazah,salah sorang anak menemui saya.
"Bolehkah kami memandikan sendiri jenazah ibu kami?," tanya
si anak tadi.
"bolej"jawab saya.
Senang hati mendengar
permintaan si anak.
Memang itulah sebaik-baiknya.Lebih afdal anak sendiri yang uruskan jenazah ibu bapa mereka.
Memang itulah sebaik-baiknya.Lebih afdal anak sendiri yang uruskan jenazah ibu bapa mereka.
"Tapi Ustazah,kami ni tak pandai.Kami tak tahu apa-apa,Ustazah ajarlah kami,” kata seorang lagi anak perempuannya.
"Tak ada masalah. Saya boleh beri tunjuk ajar,” jawab saya.
Ingatkan anak permpuan saja,rupanya dua org anak lelaki dan suami Allahyarhamah mahu turut serta memandikan jenazah.
Sudah itu permintaan mereka,saya bersetuju,lagipun Islam tak melarang,memang seorang suami boleh memandikan jenazah istrinya dan begitulah sebalik nya.
Namun disebabkan anak-anak lelaki mahu memandikan sama,saya terpksa membahagikan tugas. Si suami saya minta bersihkan bahagian kepala,anak lelaki di bahagian kaki dan anak perempuan dari bahagian badan membawa ke paha.
"Ambil sarung tangan ni sorang satu,” ujar sye sambil menghulurkan sarung tangan getah untuk digunakan bagi memandikan jenazah tapi,suami dan ank2 menolak.
"Masa kecil,ibu mandikan kami tak pernah pakai sarung tangan. Kami tak mahu pakai," kata si anak menolak lembut.
Saya sedikit tersentak mendegar kata-kata itu. Kagum dengan jawaban si anak. Terharu sye mendengarnya.
Kemudian saya pegang paip getah dan lalukan air ke muka jenazah.Si Suami mula bersihkan wajah istrinya. Ketika Si suami membersihkan wajah istrinya,satu drama yang menyayat hati dan penuh emosi berlaku.
Sambil menggosok lembut wajah jenazah istrinya, si suami tadi mengungkap kembali satu persatu segala kenangannya ketika mereka hidup bersama.
"Sayang, inilah wajah manis yang abang tatap masa hidup. Inilah wajah yang abang pernah saying, wajah yang pernah jadi istri abg,” tutur suami sambil tanganya lembut membersihkan wajah jenazah istri tercinta.
Selesai muka,suami tadi beralih pula ke mulut,sekli lagi ungkapan manis terpacul dari mulut si suami.
"Sayang, inilah mulut yang selalu senyum pada abang, inilah mulut yang selalu berbual dengan abang, hiburkan abang selama ini. Mulut yang berikan abang semangat ketika berdepan masalah,” ungkapanya dengan linangan airmata.
Saya yang menyaksikan tindakan spontan suami itu turut menjadi sebak. Terharu mendengar kata-kata ikhlas dari suaminya. Sye tahu si suami benar-benar sayangkan istrinya.
Selesai bahagian si ayah, dua org anak permpuannya pula mngambil tempat. Sekali lagi hati saya tersentuh hingga jadi sebak sambil membersihkan tangan si ibu,anaknya meluahkan segala jasa ibu mereka.
"Ibu, inilah tangan yang besarkan kami, didik kami, tangan inilah yang suapkan maknan ke mulut kami. Inilah tangan yang dodoikan kami, jari jemari ini yang kesatkan airmata kami.Tangan ini juga yang dukung kami sewaktu kecil. Ibu jasa ibu amat besar," tutur seorang anak permpuannya.
Air mata nya masih
mengalir. Apabila
sampai ke perut,seorang lagi anak permpuannya bersuara.
"Ibu, inilah perut yang mengandungkan kami. Terima kasih, ibu. Ibu lahirkan kami, didik dan besarkan kami," ungkap si anak tersebut.
Airmata mereka terus
berjejeran. Bukan
hanya mereka,saudaramara yang menyaksikannya terut menangis. Apatah lagi saya yang berada di sisi mereka.
Sungguh,waktu itu terasa begitu hening. Suasana sangat pilu, menyaksikan semua kata ikhlas ini dari suami dan anak-anak si mati.
Apabila selesai tugas anak perempuan,anak lelaki pula melunaskan bahagian mereka. Sambil membersihkan kaki, mereka meluahkan segala jasa-jasa wanita yang melahirkan mereka itu.
"Ibu, inilah kaki yang berjaln mencari rezeki untuk kami. Kaki inilah yang besarkan kami. Kaki inilah yang bawa kami bersiar-siar, hiburkan kami. Jasa ibu tak terbalas. Terima kasih, ibu," ujar anak lelaki dengan suara tersekat-sekat.
Menyaksikan semua itu, airmata saya tak dapat dibendung lagi. Sesekali Saya berpaling ke arah lain mengesat airmata yang kian deras mengalir.
Sudah banyak jenazah yang saya uruskan tapi, inilah kali pertama saya saksikan adegan yg meruntun jiwa. Hati saya tersentuh hiba.
Apabila semua anak sudh selesai,saye mengambil giliran semula. Saya mahu membersihkan bahagian dubur tapi, si suami menolak kerana dia mahu lakukan sendiri.
" Ni istri saya. Biar saya yang buat. Ustazah ajarkan saya," tutur si suami.
Sekali lagi saya akur degan kehendaknya. Saya arahkan si suami supaya menekan perut secara perlahan-lahan untuk mengeluarkan najis di dubur.
Semasa si suami melakukannya ,sekali lagi jiwa saya bagai dirobek-robek. Jiwa saya tersentuh mendegar lafaz ikhlas suaminya. Smbil menekan lembut perut istrinya , si suami bersuara lagi.
"Sayang,ini rahim yang melahirkan anak-anak kita, memberikan zuriat pada kita, Terima kasih,sayan,” tutur si suami lembut dengan matanya berkaca-kaca.
Sekli lagi airmata saya tertumpah. Di luar pula,airmata saudara-mara yang menyaksikan drama itu juga semkin deras mengalir.
Saya tahu semua yang menyaksikannya terharu. Sye sendiri sebgai seorang anak turut tersntuh dengan sikap keluarga ini. Sungguh suaminya memang seorang yang baik dan sangat menghormati jasa seorang wanita bergelar istri.
Selesai dimandikan dengan drama meruntun jiwa, jenazah dibawa ke ruang tamu untuk di kapankan pula. Pun sama, kerja ini dilakukan oleh anak-anak dan suami arwah dengan tunjuk ajar saya, walaupun mengambil masa agak lama, semuanya selesai dengan mudah sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan selepas disembahyangkan.Tugas ini saya serahkan pula pada suami saya.
Selepas kubur dikambus
dan suami saya hendak memulakan bacaan talqin. Suami Allahyarhamah datang
meminta izin.
"Ustaz, boleh ke saya nak bacakan talqin untu k istri saya?” tanyanya pada suami saya.
Suami saya mengangguk dan si suami tadi mengambil tempt di sebelahnya dalam keadaan suara yang serak kerana masih bersedih. Si suami tadi memulakan bacaan.
Bacaan kali ini memang
lain sekli dari kebiasaannya.
"Sayang, hari ini adalah hari terakhir kamu di muka bumi ini. Kamu berpisah dengan anak-anak, kamu berpisah dengan abang,saying. Mlm ini abang akan berteman,hanya dengan anak-anak di sisi abang.
" Sayang, nanti
akan datang malaikat Mungkar dan Nangkir bertanya, siapa tuhan kamu?, siapa nabi kamu?,
apakah agama kamu?, apakah kiblat kamu?,
apakah pegangan iktikad kamu?,
siapakah saudara-saudara kamu?”
" Abg minta
tolong dengan saying, jawablah dengan tenang, dengan lidah yang lancer. Bahawa
Allah Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam
agamaku, Al –Qur’an Petunjukku, orang
Islam adalah saudara-saudaraku,” tutur si suami dengan sebak.
Si suami menyambung, “ Nanti kita akan jumpa di syurga saying, tunggu abang di syurga. Abg akan tetap merinduimu hingga akhir hayat abang,”
Sungguh watu itu sekli lgi airmata saya berderai, bukan saya sahaja, malah hadirin lain pun sekli lagi menangis. Saya tahu mereka mereka menangis dan bersdih bukan kerana pemergian Allahyarhamah tapi, tersentuh melihat kejadian tersebut.
Satu drama yang benar-benar berlaku, memperlihatkan kasih saying, kejujuran, kesetiaan dan cinta yang tulus ikhls dari seorang suami kepada istrinya.Kisah kasih sayang antara anak-anak dan ibu dalam kluarga ini.
Saya benar-benar kagum dan terharu dengan keluarga tersebut. Si anak bukanlah berpendidikan tinggi atau berlatarbelakangkan agama seprti bergelar ustaz atau ustazah tapi, mereka semua mempunyai budi perkerti dan akhlak yang tinggi.
Lihat bagaimana mereka menghargai jasa seorang ibu sehingga ke akhir hayat. Bagi saya mereka jadi begitu hasil kejayaan didikan seorang ibu yang berjaya memberikan kasih sayang dan didikan dengan sempurna.
Sungguh,jenazah wanita itu seorang yang bertuah memiliki suami dan anak-anak seperti itu.
Allahuakbar!!!
#Kredit Roszah #Whatsapp
Grup Sahabat Darussalam.