Isnin, 27 Januari 2020

Kembara umrah ke bumi anbia Bah.Pertama



Catatan: Arshad Hussin

BAITULMUQADIS: Kembara singkat yang tak pernah diimpikan bagai sebuah mimpi yang mengasyikkan, meski ada debar di sepanjang perjalanan menatap rumah-rumah batu bertingkat di lereng perbukitan tanpa pohonan rendang namun, gelora resah yang bertaut dengan rasa syukur pada sebuah kembara ke tanah Anbia membuat hati terasa menggirang sambil mendengar peneranggan pemandu pelancongan yang petah berbicara mengenai sejarah Palastine-Israil.



Tepat jam 1.09 petang waktu Jerussalem, bas yang membawa kami dari sempadan Jerussalem tiba di Jericho, Old City of The World dan singgah minum petang di Restoran Temtation Jericho.

Bacaan cuaca Jerussalem 11° sedikit menyejukkan hati apabila mengenang kembali saat keresahan di pintu masuk Pos Kawalan Imigresen Israil. Hampir dua jam menunggu pasport tiga orang ahli kembara yang ditahan untuk clearance pihak Imigresen.


Sedang ahli rombongan yang menunggu dalam bas turut resah dan risau sambil berdoa semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Selepas dua jam barulah pasport dikembalikan setelah berinterogasi dengan pegawai tinggi imigresen Israil.

Kunjungan pertama kami petang itu, ziarah ke Masjid Ibrahim di Cave of The Patriarchs, Hebron di mana menurut penerangan pemandu pelancong kami, jasad Nabi Ibrahim A.S. dan isterinya, Sarah bersama anaknya Nabi Ishak & isteri, Rebekah dan Nabi Yaakub & isteri, Leah dimakamkan dalam gua yang dinamakan " Gua Para Leluhur" (Machpelah, Makfilah) dan di atas gua ini didirikan bangunan dinamakan Masjid Ibrahim.


Dalam masjid ini terdapat sebuah mimbar lama dan dua mihrab yang menempatkan lubang-lubang kecil untuk melihat ke dalam gua yang kedalamannya 16 meter dari lantai masjid dan mihrab yang satu lagi menempatkan pintu masuk ke dalam gua namun, ianya telah ditutup dengan simin oleh pihak Israil.

Masjid Ibrahim terbahagi kepada dua di mana makam Nabi Ishak & isteri dan makam Sarah ( isteri Nabi Ibraim A.S.) terletak di bahagian orang Islam dan makam Nabi Ibrahim A.S. dapat diekses oleh kedua-dua pihak dengan dinding pemisah sementara makam Nabi Yaakub dan isteri,Leah terletak di bahagian Yahudi dan orang Islam tidak dibenarkan masuk.

Kota ini juga dikenali oleh orang Arab dengan panggilan Al Haram Al Ibrahimi atau gua Makfilah dan Inggeris menyebutnya   Cave of the Patriarchs : for(Abraham dan Sarah),  (Isaac danRebekah)  (Jacob dan Leah).

Bandar Hebron ini merupakan tempat suci bagi kedua penduduk Yahudi selepas Baitulmaqdis di mana kota ini juga dikenali dengan panggilan Kota Tiga Nabi ( Ibrahim, Ishak dan Yaakub) dan terletak 30 km ke selatan Baitulmaqadis. #10Dis18