Ahad, 24 Disember 2017

Pertahankan UMNO di Semporna-Nasir Sakaran:

SEMPORNA: Pelbagai bentuk bantuan yang diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini membuktikan ianya mampu dan prihatin membela nasib rakyat negara ini.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Dato Sri Hj. Nasir Tun Sakaran, berkata, namun bantuan-bantuan ini tidak akan dapat diberikan sekiranya BN tidak mempunyai kuasa dan tidak lagi memerintah.


Sehubungan itu, beliau meminta rakyat di kawasan Semporna terus istiqomah memberikan sokongan padu kepada parti UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan BN yang kini memerintah negara dengan baik selama ini.

Nasir berkata demikian sempena Program Jelajah Kasih bagi Zon Simunul di Dewan Seni Inabah Kamal dekat sini.

Hadirsama SUB Hj.Mohd Syam Muksan; AJK Bahagian, Datuk Basalie Abd Hamid; Mohd Said; Abdul Manan Hj. Indanan; Nixon Hj. Habi; Mohd. Salleh Lakani; Penghulu Hj.Zainal Jalaludin; OKK Hj. Musa Sabaani; Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Semporna, Ahmad Marzuki DS Nasir, AJK Pergerakan Wanita UMNO Semporna, Umai Salamah Abd. Karim; Puan Hjh. Suhurah dan Ahli-Ahli UGK Parlimen Semporna.

Nasir, berkata bakti dan jasa kerajaan BN selama ini memang tidak dpt dinafikan dan rakyat hendaklah memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada BN demi kesinambungan pembelaan kepada rakyat serta pembangunan berterusan.

Katanya, rakyat di kawasan Semporna perlu mempertahankan parti UMNO di Semporna kerana seandainya kawasan ini dapat ditawan pembangkang pada PRU-14, sedangkan dikawasan lain masih dimenangi BN dan memerintah, sudah tentu kawasan ini tidak lagi diberikan perhatian seperti sekarang kerana diwakili pemimpin pembangkang.

Dalam masa sama, Nasir juga menasihatkan pemimpin-pemimpin di kawasan itu hendaklah terus bekerjasama dan tidak seperti Enau Dalam Belukar.

" Kita bekerja untuk parti dan demi kemenangan UMNO-BN pada PRU-14 kelak dan bukannya untuk kepentingan peribadi," kata Nasir.

Justeru itu katanya, setiap gerakan dalam parti hendaklah selari dan sekata serta berdasarkan peraturan parti.Oleh: ARSHAD HUSSIN.